Berlaku Pendarahan & Tisu Koyak, Keputusan Awal Bedah Siasat Kedua Sahkan Luka Paha Kanan Tangmo Terjadi Sebelum Kematian

![|650x390](upload://cAgbh9N8i9Sfl32kAQfJ4j8RM5U.png)

Sebelum ini, pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman iaitu Pol Kol Songsak Raksaksakul memaklumkan akan menubuhkan satu panel untuk menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas mayat Tangmo Nida. Malah, mereka juga mengarahkan doktor dari institut lain untuk sertai proses bedah siasat tersebut.

Artikel Berkaitan: Bekas Suami & Teman Lelaki Nangis Berpelukan Lepas Tengok Video Tangmo, Ambil Semua Foto Mendiang Simpan Di Rumah

Artikel Berkaitan: Berlakon Pengsan Sebab Tertekan, Netizen Dakwa Nampak Ibu Tangmo Nida Shopping & Pakai Jam Tangan Mendiang?

Artikel Berkaitan: Tak Bagi Keterangan & Terus Masuk Hospital Sebab Darah Tinggi, Pemandu Bot Tak Nak Bagi Rambut Untuk DNA?

Keputusan awal bedah siasat

![|650x813](upload://2H8anVEI90gP3eSAPxzsCD5hBnE.jpeg)

Menerusi laporan yang dipetik daripada media Thailand, mayat Tangmo Nida sebelum ini ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati di mana terdapat kesan lebam pada mata kanan, beberapa luka terutama luka besar di paha kanan dan berapa gigi kelihatan patah. Namun keputusan bedah siasat terdahulu mengatakan bahawa mereka tidak menemui kesan gigi yang patah selepas memeriksa rongga mulut pelakon cantik itu. Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan pada bahagian kepala mendiang.

Menerusi laporan terbaru, sampel tisu Tangmo Nida telah dihantar ke dua jabatan forensik (agensi luar) untuk pemeriksaan dan keputusan awal bedah siasat mendapati luka besar yang terdapat pada paha kanan mendiang Tangmo Nida sebenarnya terjadi sebelum dia meninggal dunia.

Hal ini kerana, luka tersebut dikatakan tidak memotong bahagian aorta dan bukannya luka yang boleh membawa maut. Difahamkan, keadaan luka sebelum dan selepas kematian adalah berbeza. Jika luka itu terjadi selepas kematian, ia tidak akan berlakunya pendarahan dan tisu juga tidak akan koyak atau rosak. Menurut sumber juga, pihak berkuasa dipercayai menemui kandungan alkohol dan ubat depresi dalam badan Tangmo Nida

Meskipun begitu, proses bedah siasat kali kedua ini masih dijalankan secara terperinci oleh pihak forensik.

Sumber: Hilight Kapook


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/berlaku-pendarahan-tisu-koyak-keputusan-bedah-siasat-kali-kedua-sahkan-luka-paha-kanan-tangmo-terjadi-sebelum-kematian