Berlakon Pengsan Sebab Tertekan, Netizen Dakwa Nampak Ibu Tangmo Nida Shopping & Pakai Jam Tangan Mendiang?

![|650x414](upload://lTDGx38ZnbwvvE9pSWFDQRsB37u.jpeg)

Upacara pemakaman pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida akan berlangsung pada hari Jumaat (hari ini) hingga Ahad iaitu pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Saudara dan kenalan diberi peluang memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Gereja Liberty Bangkok untuk acara pembakaran mayat.

Artikel Berkaitan: Tak Bagi Keterangan & Terus Masuk Hospital Sebab Darah Tinggi, Pemandu Bot Tak Nak Bagi Rambut Untuk DNA?

Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’

Artikel Berkaitan: Jumpa Bukti CCTV Pelakon Thailand ‘Ditolak’ & Bot ‘Sebenar’ Ditemui, Pengurus ‘Jual’ Tangmo Nida Sebab Duit?

Panida ‘pura-pura’ pengsan depan media?

![|650x511](upload://jy9tgMHUBstgeE9ZAaL5hWf6JDH.png)

Foto: Mendiang Tangmo Nida dan ibu (Panida Siriyudthayothin)

Di kala orang sibuk mengadakan persiapan upacara pemakaman, ada satu dakwaan yang kurang enak didengar mengenai ibu mendiang. Ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothin mendakwa dia pengsan kerana tertekan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai insiden yang menimpa anak perempuannya itu. Namun ramai yang mendakwa Panida hanya ‘pura-pura’ pengsan di hadapan orang ramai dan pihak polis.

Hal ini kerana, ada netizen mendakwa melihat Panida keluar membeli-belah dengan memakai jam tangan milik Tangmo. Susulan daripada itu, Panida menafikan dakwaan dia ‘pura-pura’ pengsan, dakwanya lagi, dia benar-benar mengalami anxiety dan tekanan. Tidak terhenti di situ, ada juga dakwaan mengatakan Panida telah ‘pindah’ ke rumah Tangmo dan mengambil barangan berharga milik anak perempuannya itu. Panida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Dakwanya lagi, dia sendiri tidak berani tinggal di rumah tersebut kerana anak dan bekas suaminya telah meninggal dunia.

Dekorasi berona putih

![|650x488](upload://7FVnAVle7Dd0M3pnUXS8a8cI4bR.png)

Foto: Amena (rakan baik Tangmo) di persiapan upacara pemakaman

Jika diikutkan, upacara pemakaman Tangmo Nida yang berlangsung bermula hari ini hingga Ahad terbuka kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, media, para peminat dan orang awam tetapi disebabkan situasi pandemik, muatan di Gereja Methodist dihadkan kepada 1,500 orang sahaja. Jadi ramai dalam kalangan peminat dan orang awam tidak berkesempatan memberi penghormatan terakhir buat pelakon berusia 37 tahun ini.

Oleh hal demikian, pihak yang bertanggungjawab memutuskan supaya upacara pemakaman tersebut disiarkan secara live stream untuk tontonan para peminat. Sementara di Instagram teman lelaki Tangmo iaitu Bird dan rakan baik mendiang, Amena ada berkongsi beberapa foto persiapan sempena upacara pemakaman yang akan berlangsung bermula hari ini hingga Ahad.

Menerusi gambar dan video yang dikongsikan, kawasan gereja tersebut dihiasi dengan dekorasi bertemakan warna putih. Turut dihiasi dengan bunga mawar sementara di tengah-tengah terdapat gambar mendiang Tangmo. Berikut merupakan link dan saluran Youtube yang boleh anda layari untuk menonton live stream upacara pemakaman Tangmo Nida.

Youtube: CJConnect

![|650x621](upload://8uT9sHKRFDJibIO7aMSNUvUke2x.png)

Sumber: The Thaiger, Komchadluek, Sanook, Youtube CJConnect


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/berlakon-pengsan-sebab-tertekan-netizen-dakwa-nampak-ibu-tangmo-nida-shopping-pakai-jam-tangan-mendiang