Berhenti Buat 3 Kesilapan Ini Untuk Kewangan Yang Lebih Mantap!

“Ukur baju di badan sendiri” ungkapan ni selalu sangat kita dengar kan? Tapi berapa ramai yang benar-benar mengukur keperluan dan juga kemahuan mereka selaras dengan pendapatan yang mereka terima?

“Ala, kan muda lagi! Spend je, kita kerja pun lama lagi nak pencen. Mesti boleh bayar..” Ha kalau korang nak tahu, masa muda ni la korang kena plan kewangan betul-betul supaya dah tua nanti tak ada masalah kewangan dah untuk korang fikir dan yang penting tak perlu kerja dah tua-tua nanti.

Zaman sekarang ni, ramai yang masih tidak celik kewangan dan seterusnya membuatkan mereka muflis di usia yang muda.

Jadi, jom kita tengok senarai di bawah tentang kesilapan kewangan paling banyak orang buat ketika muda.

 

Celik kewangan tu apa?

Celik kewangan bermaksud apabila seseorang individu itu peka dalam membuat keputusan rasional dan bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan peribadi. 

Salah satu ciri orang celik kewangan ini adalah apabila seseorang itu memiliki kesedaran dalam mewujudkan dana tabungan kecemasan.

 

1- Hutang isi rumah

“Ambil dulu, bayar kemudian”

Memang sedap didengar tapi pahit bila kita mula tersedar bahawa hutang kita jadi lebih banyak dari sepatutnya. Ramai anak muda yang inginkan rumah yang serba serbi lengkap, dan tak disangkal lagi ianya merupakan impian semua orang.

Tapi, korang kena lah buat satu per satu, cuba bayangkan kalau semua perabot dalamrumah tu korang beli secara instalment. Hujung bulan tak terbayar weh! Itu baru perabot, belum lagi perkakas elektrik dan lain-lain.

 

2- Bahaya kad kredit

Tidak dinafikan, penggunaan kad kredit sebenarnya membantu dan mempunyai banyak kebaikan sekiranya digunakan oleh individu yang memiliki kemahiran dan ilmu kewangan yang betul. Sebab tu ada yang ambil untuk kecemasan atau ambil untuk penggunaan petrol mereka sahaja. 

Paling penting, korang kena berbelanja dengan berdisiplin dan berpada-pada kerana penggunaan kad kredit akan menjejaskan pengaliran tunai individu pada setiap bulan disebabkan oleh kadar faedah yang tinggi!

Ini tak, kalau limit kad kredit tu 50 ribu, eh, eh sampai 50 ribu atau lebih dibelanjanya! Kalau ada 4 kad kredit campur dengan interest? Ha, dah berapa ribu korang kena bayar? Last-last kena isytihar muflis, kan dah susah.

 

3- Kurang kesedaran

 

Keperluan yang perlu ditanggung pada masa kini tidak mencukupi kerana majoriti anak muda perlu menampung kos perbelanjaan harian yang tinggi dan tidak setara dengan pendapatan bulanan. 

Sebab tulah korang kena ada tabung. Walaupun RM50 sebulan korang masukkan, sedikit-sebanyak ia boleh membantu dalam waktu terdesak.

Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kesedaran untuk menabung tetapi tiada kemampuan untuk berbuat demikian.

Kalau tak ada tabung paksaan seperti KWSP, kebarangkalian untuk rakyat Malaysia menabung adalah sangat rendah.

 

Janganlah rasa serba salah pula keluarkan KWSP korang haritu sebab ada cara untuk korang tambah balik tau!

Memang tak dinafikan, pengeluaran tersebut memang sangat membantu betul tak? Hutang-piutang dapat dibayar kembali, perbelanjaan urusan harian dapat diselesaikan.

Ha jadi korang jangan rasa serba salah sebab korang masih ada masa lagi untuk menabung semula tabungan yang dikeluarkan tu.

Antara yang boleh korang lakukan ialah:

  • Start perhati & catit perbelanjaan korang, jadi bila hujung bulan ada lebihan duit tu bolehlah masuk tabung!
  • Tambah semula tabungan KWSP dengan menambah peratusan caruman setiap bulan. Korang hanya perlu maklumkan kepada HR korang untuk proses ni.

Sebagai contoh, sekarang ada antara korang yang mencarum 9% dan ada yang pilih untuk mencarum 11%.

Jadi bayangkan kalau korang tambah 1% ke 4% je lagi ke atas caruman semasa, dianggarkan korang boleh menyimpan sehingga 25% (anggaran kalau dicampurkan dengan caruman majikan iaitu sebanyak 13% atau 12%, bergantung kepada jumlah gaji korang) setiap bulan.

Pilihan ni best tau sebab korang tak perasan pun. Jadi, korang tak akan rasa berat untuk tolak duit tu. Tau-tau, duit KWSP dah bertambah balik!

Bagi yang kehilangan pekerjaan atau baru memulakan perniagaan, jangan risau, Korang pun boleh menyimpan melalui i-Saraan KWSP. Hanya perlu ke laman web untuk mengetahui lebih lanjut okay.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/berhenti-buat-3-kesilapan-ini-untuk-kewangan-yang-lebih-mantap