Berdebar Tunggu Hari Vaksinasi? Jom Tengok 6 Tips Selepas Divaksin Ni Dulu! Confirm Lagi Yakin!

![|750x400](upload://dmPxDofRAdQkujvRsA4FMDSW7DP.jpeg)

Kali terakhir kita divaksin mesti lah masa kita masih kanak-kanak kan? Masa tu tak ingat pun macam mana rasanya bila dicucuk tu. Ha itu yang membuatkan ramai yang nervous nak pergi vaksin!

Bukan itu sahaja, kita juga gementar bila fikirkan macam manalah badan kita akan menerima vaksin tersebut. Adakah ia akan memberikan reaksi atau tak ada sebarang reaksi pun? Bila tengok ada yang cakap itu ini, ha lagi lah tak senang duduk!

Jangan risau, kalau korang ikut tips yang Guardian senaraikan dalam video ni mesti korang tahu macam mana nak handle situasi-situasi yang mungkin akan timbul selepas vaksinasi!

Tips 1: Siap sedia jika ada kesan sampingan

![|512x292](upload://hY7fxhuRz3OzRHYiVynmyzbgeOt.png)

Ia adalah sangat normal untuk badan korang memberikan reaksi selepas divaksin. Ia merupakan petanda badan korang tengah membina perlindungan imunisasi tu. Selepas 2,3 hari dah okay dah! Tapi kalau korang demam tu berlanjutan sampai seminggu, korang dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera!

Antara kesan sampingan yang paling selalu orang kena ialah:

  • Sakit, kemerah-merahan atau sedikit bengkak di tempat suntikan
  • Keletihan
  • Pening kepala
  • Seram sejuk
  • Sengal-sengal badan
  • Demam
  • Mual
  • Sakit tekak
  • Rasa tidak sihat

Walaubagaimanapun, tidak menghidapi apa-apa kesan sampingan juga tidak bermakna vaksin korang tu tak efektif tau, semua ni ikut badan masing-masing.

Tips 2: Pastikan korang tunggu di tempat pemantauan selepas menerima suntikan

![|1200x800](upload://c5G8AaOqDGGFhKmSYiJHK9DLodA.jpeg)

Lepas je korang dapat suntikan, korang akan dikehendaki untuk duduk di tempat pemerhatian selama 15 -30minit. Hal ni untuk memantau sekiranya terdapat reaksi seperti berikut:

  • Sukar bernafas
  • Degupan jantung laju
  • Bengkak di tempat suntikan
  • Bengkak di muka, bibir atau tekak
  • Timbul ruam di badan
  • Pening

Jika korang ada mengalami mana-mana simptom di atas, sila beritahu kepada petugas di PPV tersebut.

Tips 3: Get ready untuk temujanji kedua vaksinasi!

![|512x295](upload://pN6yKeSzubQTNpUDweGC5NzaPp2.png)

Majoriti vaksin COVID-19 memerlukan 2 dos vaksin untuk berfungsi. Ini bermakna korang perlu divaksin dua kali. Oleh itu, bagi mereka yang akan menerima 2 dos vaksin COVID-19, pastikan korang mengetahui tarikh janji temu dos kedua korang, dan simpan maklumat janji temu vaksinasi tu di tempat yang selamat sebelum meninggalkan tempat vaksinasi pertama tu!

Pastikan korang setkan dalam kalendar siap-siap tarikh dos kedua tu dan semua infomasi mengenai vaksin korang seperti kad vaksinasi disimpan rapi.

1. Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat Mengenai Vaksin Covid-19. 4 March 2021. Sumber klik disini. 

Tips 4: Jaga diri korang sebaik mungkin!

![|650x371](upload://q8QpK7FHgigxBGcsWJmrFXoJrA6.png)

Kalau korang terkena mana-mana kesan sampingan diatas,  korang akan memerlukan rehat yang secukupnya untuk beberapa hari. Ada yang mungkin kena demam, ada yang mungkin kena sakit otot, kemerahan dan sebagainya. Kebiasaannya perkara ini akan berlanjutan selama beberapa hari. Jadi pastikan korang minum air secukupnya.

Selain itu korang juga dinasihatkan untuk mengambil ubat paracetamol untuk membantu melegakan sedikit kesan sampingan yang korang kena tu. Tapi pastikan korang ambil mengikut dos yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.

Dinasihatkan untuk ambil jika ada kesan sampingan je tau selepas korang disuntik vaksin. Jangan ambil sebelum dicucuk vaksin pulak!

Namun, jika kesan sampingan tu berlanjutan sehingga seminggu, korang dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera!

Tips 5: Pastikan bahu yang disuntik tu dijaga dengan baik

![|512x288](upload://zQwLG2AkMsKm32yZsDW5m4teyAi.png)

Kalau ada kemerahan atau ketidakselasaan di bahu suntikan, korang boleh ambil kain yang bersih, basahkan atau sejukkan kemudian letak di tempat suntikan tu. Pastikan korang buat dengan perlahan tau!

Tips 6: Sentiasa patuhi SOP yang diberikan

![|673x379](upload://pCzi1UoPxLVB1I8fWXXv1hcX5rj.jpeg)

Walaupun korang dah divaksin tapi korang masih lagi perlu ikut SOP yang dah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tau. Korang kena selalu:

  • Basuh tangan dengan sabun atau sanitasi tangan korang dengan hand sanitizer.
  • Pastikan jarak antara diri korang dengan orang depan atau belakang dalam 1 meter.
  • Pakai pelitup muka dengan betul lebih-lebih lagi kalau berada di tempat awam dan sesak

Mudah je SOPnya guys! Admin yakin korang boleh ikut!

![|650x366](upload://pTyHzkSwmAN6SDh9YerSAleZa4Y.gif)

Jadi, siap sediakanlah diri korang sebelum pergi amik vaksin tu. Takdelah kelam kabut korang nanti kalau badan tiba-tiba demam dan sebagainya. Dos pertama atau kedua, dua-dua korang kena bersiap sedia lebih awal.

![|650x364](upload://cS1z4ReFfp5n0sg0fHIOFm8QfRv.png)

Kunjungi outlet Guardian yang berdekatan untuk stock up semua barangan keperluan asas untuk vaksinasi macam ubat paracetamol minyak angin, koyok sebelum hari vaksinasi korang

Goodluck guys!

 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/berdebar-tunggu-hari-vaksinasi-jom-tengok-6-tips-selepas-divaksin-ni-dulu-confirm-lagi-yakin