Bengang Terima Banyak Cacian & Hinaan, Lana Nordin Belanja Video ‘Bye Bye Bye’ Bukti Dah Sampai AS – ‘Tiada Sebarang Kabel, Ini Semua Kabel Allah’

![|650x400](upload://gI3HZCSejx7lb3kPS7gK2cVxHn6.jpeg)

Umum tahu, pelakon Lana Nordin sudah berangkat dan tiba di Amerika Syarikat (AS) bersama suami, David McKienzie dan anak-anak.

Terima pelbagai kutukan dan hinaan daripada netizen, Lana enggan terus mendiamkan diri dan memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar.

Artikel Berkaitan: Lana Nordin Tak Anti Vaksin, Bakal Ambil Di AS Tahun Hadapan – ‘Saya Ada Sebab Tersendiri.. Tiada Siapa Boleh Paksa’

Belanja video untuk netizen

![|650x987](upload://cBMlUN6X2aJ2JJvBhB4qBSzn4tp.png)

Menurut Lana, 41, dia berkata ramai orang yang suka membuat spekulasi sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Lana berkongsi rakaman video perjalanan mereka sekeluarga bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hingga tiba Amerika Syarikat.

Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yang saya buat! Ada yang kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik USA. Kat USA sana lagi teruk semua tak boleh, dine-in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke.

Menghina bahkan ada yang lebih tau pasal USA dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri. Okay ini video khas untuk korang, jangan DM aku tanya itu ini, hanya tengok dan nilai sendiri! Korang yang di Facebook dan portal yang sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik USA siap halau aku dari negara aku sendiri.. Okay ini aku balik!

Bila aku dengan Rita Rudaini kongsi info kami dilabelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yang benar, yang banyak tak telus diberitahu sehingga ramai jadi doktor TikTok, jadi polis pencen, jadi wartawan yang lebih tau pasal negara luar. Sekarang aku balik aku akan lihat sendiri siapa yang betul!!

Guna kabel Allah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin??David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

Dalam pada itu, pemilik nama Mazlina Hasan Nordin menyatakan perjalanan dia untuk rentas negara mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan kerajaan. Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia turut dituduh sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid tersebut.

 

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bengang-terima-banyak-cacian-hinaan-lana-nordin-belanja-video-bye-bye-bye-bukti-dah-sampai-as-tiada-sebarang-kabel-ini-semua-kabel-allah