Bekas Suami & Teman Lelaki Nangis Berpelukan Lepas Tengok Video Tangmo, Ambil Semua Foto Mendiang Simpan Di Rumah

![|650x395](upload://2i5ef37GEM0t4RGnHG3A2pvgyzp.jpeg)

Semalam merupakan hari terakhir upacara pemakaman mendiang Tangmo Nida namun upacara pembakaran yang sepatutnya berlangsung hari ini telah ditangguhkan. Hal ini kerana ibu mendiang, Panida Siriyudthayothin telah mengarahkan forensik untuk memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik untuk proses bedah siasat buat kali kedua.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadir Ke Upacara Pemakaman, Pengurus Nangis Tatap Gambar Tangmo – ‘Mo, Maaf Tak Jaga Awak Sebaiknya’

Artikel Berkaitan: ‘Menyepi’ Lepas Kematian Tangmo, Pengurus Kongsi Foto Bersama Mendiang Di IG, Akui Sangat Rindu –’Awak Sebahagian Daripada Hidup Saya’

Bekas suami Tangmo menangis

![|650x432](upload://yXGaHv5FrrzkYMWxxcZz0D64J4k.png)

Upacara pemakaman pada hari terakhir semalam berjalan dengan agak lancar dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan, ahli keluarga, kenalan dan para peminat mendiang Tangmo Nida. Bukan itu sahaja, turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah bekas suami mendiang iaitu Tono Phakin Khamwilaisak.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Tono Phakin yang memakai baju berwarna hitam tertunduk dan telah mengalirkan air mata sebak dengan pemergian bekas isterinya.

Wajah dan mata lelaki ini tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang ditanggung namun sempat ditenangkan oleh rakan-rakan selebriti termasuk teman lelaki Tangmo iaitu Bird. Menerusi satu rakaman yang viral di media sosial memperlihatkan Tono dan Bird berpelukan memberi kekuatan dan kata-kata semangat untuk satu sama lain.

Bird simpan gambar Tangmo

![|650x374](upload://cni8iSNcTi7STuShEZIAdWutHQP.png)

Menerusi laporan, Tono dipercayai menangis selepas melihat satu klip video memaparkan Tangmo Nida sedang menyanyi sambil bermain ukulele. Difahamkan, video itu dirakam semasa Tangmo membuat kejutan sempena hari jadi Tono pada suatu ketika dahulu. Tidak terhenti di situ, ada dakwaan mengatakan baju hitam yang dipakai oleh Tono pada upacara pemakaman semalam merupakan baju pemberian Tangmo sewaktu mereka bergelar suami isteri dahulu.

Menurut sumber, walaupun sudah berpisah dan membuat haluan masing-masing namun Tono dan mendiang Tangmo mempunyai hubungan yang baik sebagai kawan. Malah, Tono juga merupakan salah seorang individu yang turut serta dalam misi pencarian mayat Tangmo Nida di Sungai Chao Phraya.

Sementara itu, pada hari terakhir upacara pemakaman, Bird dikatakan telah mengutip dan mengambil satu persatu gambar-gambar mendiang yang ada di upacara tersebut. Menurut sumber, Bird mahu menyimpan gambar-gambar mendiang Tangmo di rumahnya sebagai kenang-kenangan. Mungkin juga untuk tatapan saat dirinya merindui mendiang teman wanitanya itu.

Video

Sumber: Thairath TV, Khaosod


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bekas-suami-teman-lelaki-nangis-berpelukan-lepas-tengok-video-tangmo-ambil-semua-foto-mendiang-simpan-di-rumah