Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Sebenar, Mak Wan Latah Anggap Fitnah Akhir Zaman – ‘Otak Dia Tak Betul.. Biarkan’

Selepas didakwa tidak berakhlak hingga diceraikan talak satu, nama pelakon veteran Mak Wan Latah kembali panas di media sosial.

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Video Sakan Nyanyi Sambil Menari, Mak Wan Latah Mengaku Suka Karaoke Masa Stres – ‘Ada Hukum Mengatakan Salah?’

Aku pendam lama!

Mak Wan menjadi sebutan ramai selepas bekas pembantu peribadi berkongsi beberapa video di TikTok yang memperlihatkan sisi yang berbeza.

Berdasarkan rakaman tersebut, Mak Wan dilihat sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua yang dipercayai bekas lelakinya sehinggakan menendang pintu.

Selain itu, ada lagi video lain yang memaparkan pelakon berumur 61 tahun itu sedang mencalit minyak pemanis di bahagian kening.

Menerusi kapsyen yang ditulis, bekas pembantu peribadi itu menyatakan sudah sampai masanya dia membongkar peribadi Mak Wan yang sebenar.

Saya akan bongkarkan siapa Mak Wan Latah sebenarnya! Saya akan bawa benda ini ke muka pengadilan termasuk orang yang bersubahat dengan dia!! Tunggu..

No komen

Sementara itu, ketika dihubungi, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud enggan mengulas lanjut tentang dakwaan bekas pembantu peribadinya.

Mak Wan tak mau cakap apa-apa pun. Itu.. otak dia (bekas pengurus peribadi) tak betul. Biarkan dia, dia nak buat apa. Itu hak dia. Mak Wan tak nak cakap apa-apa. Terima kasih.

Manakala di akaun TikTok miliknya, pelakon drama Harith Fayyadh menulis kapsyen berbunyi seperti ini.

Syafakallah buat diriku amin. Kita ini pendosa cukup cukup lah. Kita perbaiki diri kita untuk kita sampai ke sana. Risau nanti disoal mara buka tak tahu nak jawab.

Di akhir kenyataan tersebut, Mak Wan turut meletakkan hashtag #fitnahakhirzaman.

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mendakwa Mak Wan tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik hingga diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Husain pada 22 Januari lalu.

Mak Wan juga pernah dikecam selepas memuat naik video menyanyi dan berjoget di sebuah pusat karaoke menerusi TikTok miliknya.

Sumber: TikTok @official_amell77 & @_makwanlatah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bekas-pembantu-peribadi-dedah-perangai-sebenar-mak-wan-latah-anggap-fitnah-akhir-zaman-otak-dia-tak-betul-biarkan