Bayi Lelaki Tak Setampan Suami, Penyanyi Dangdut Indonesia Luah Rasa Kecewa

![|650x438](upload://f5BIww95U3NsGHHgZmjcSJxJa5L.jpeg)

Pada 26 Disember lalu, pasangan selebriti popular Indonesia, Rizky Billar dan isterinya, Lesti Kejora merahsiakan wajah serta nama bayi lelaki mereka yang dilahirkan secara pramatang. Namun, baru-baru ini mereka akhirnya mendedahkan wajah dan nama bayi berkenaan yang diberi nama Muhammad Leslar Al Fatih Billar.

Artikel berkaitan: Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang, Pasangan Sensasi Indonesia Kongsi Nama Anak – ‘Leslar Gabungan Nama Kami & Bakal Mengandungi Doa Jutaan Orang’

Terbaru, Lesty dikecam teruk oleh peminatnya gara-gara meluahkan rasa kecewa sebaik sahaja melihat wajah bayi sulungnya itu tidak setampan suaminya.

Tidak setampan suami

![|650x455](upload://j68ICXgSp356N2WdvdlZXKpzg97.png)

Menurut laporan Suara.com, kata-kata berbaur kecewa itu diluahkan ketika artis komedi Indonesia, Sule dan isterinya, Nathalie datang melawat anak pasangan itu. Lesty berkata, anaknya yang diberi nama Muhammad Leslar itu lebih mirip dirinya yang dianggap biasa dan tidak setampan Rizky.

Biasa orang mencari pasangan untuk mendapat keturunan baik, ternyata anak saya lebih mengikut genetik saya berbanding bapanya.

Kenyataan Lesty itu dibantah Sule dan Nathalie yang mengatakan, wanita itu juga cantik serta anak mereka tetap comel tanpa mengira mirip siapa. Namun begitu, rata-rata netizen tidak dapat menerima kata-kata Lesty lantas, mereka meninggalkan komen berbaur kecaman buat penyanyi dangdut tersebut. Ujar netizen, Lesty tidak tahu erti bersyukur.

Ada juga manusia seperti ini, sudah diberi rezeki anak tetapi tidak bersyukur malah, kecewa kerana anak tidak tampan. Jangan kufur nikmat, kata-kata ibu itu satu doa yang tiada hijab.

Anak pramatang

![|650x592](upload://Ap9na4gzkpYjzvQGSmqXoOHfc04.png)

Terdahulu, Rizky memberitahu bahawa isterinya melahirkan anak mereka secara pramatang dengan berat 2.8 kilogram. Namun, kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat. Selain bercerita mengenai perkembangan tahap kesihatan isteri dan anak, Rizky menjelaskan maksud nama anak sulung mereka.

Muhammad adalah nama pertama saya. Nama itu adalah seorang Rasul yang sangat dimuliakan. Saya tak ingin nama ini menjadi beban, tapi saya punya harapan dengan memberikan nama ini kepada anak saya. Kenapa Leslar? Kerana nama ini nama yang disebut ketika pertama kali ditanya Tukul Arwana. Ia juga nama gabungan kami, malah nama ini akan menjadi sesuatu yang besar dan mengandungi doa jutaan orang.

Sumber: Suara.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bayi-lelaki-tak-setampan-suami-penyanyi-dangdut-indonesia-luah-rasa-kecewa