Baru Sebulan Dijaga Pengasuh, Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia – ‘Dia Satu-Satunya Anak Saya’

![|650x433](upload://5rw9qQmZpGadFGvLKssj3pK5TRE.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas mangsa dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan.

‘Baru sebulan dihantar rumah pengasuh’

![|650x442](upload://5BgZ0i1ixAIPErquXPlN6dKTBkB.png)

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan Malaysia, ibu mangsa yang dikenali dengan nama Lilis Handayani Sukran memaklumkan dia bergegas ke rumah pengasuh berkenaan selepas dimaklumkan anak perempuannya itu berada dalam keadaan lemah. Setibanya di sana, Lilis mendapati wajah anak kesayangannya itu sudah pucat dan tiada tindak balas apabila dikejutkan. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, bayi itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh.

Sementara itu, bapa saudara mangsa iaitu Nashrullah Mohd Non memaklumkan punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan bedah siasat akan diperoleh dalam masa terdekat. Difahamkan, jenazah bayi tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol pada petang tadi.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/baru-sebulan-dijaga-pengasuh-bayi-empat-bulan-meninggal-dunia-dia-satu-satunya-anak-saya