Baru Sebulan Cerai Terus Kahwin Lain, Penyanyi Terkilan Suami Kantoi Curang Dengan ‘Babysitter’

![|650x409](upload://rrG1NTmvPjtoDRX4e3XULsCIVU6.jpeg)

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai keretakan rumah tangga penyanyi terkenal negara seberang iaitu Mawar Dhimas Febra dan bekas suaminya, Steno Ricardo dipercayai angkara orang ketiga.

Penyanyi dakwa suami curang

![|650x683](upload://wFOk6PndQsnWIciFVDH2Tx2GPfl.png)

Foto: Mawar Dhimas Febra & Steno Ricardo

Memetik laporan media tempatan, Mawar Dhimas Febra sudah mendirikan rumah tangga bersama Steno Ricardo hampir 10 tahun. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. Namun jodoh Mawar dan Steno tidak panjang dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Dakwa penyanyi berusia 36 tahun ini lagi, salah satu punca membuatkan dirinya nekad untuk berpisah kerana tidak sanggup ‘diduakan’ oleh si suami. Lebih mengejutkan apabila Mawar mendakwa dia tidak menyangka rupanya dalam diam Steno yang pada ketika itu masih berstatus suaminya tergamak menjalinkan hubungan dengan pengasuh anaknya sendiri yang dikenali dengan nama Susi. Lebih membuatkan dia terkilan kerana telah menganggap Susi seperti adik kandungnya sendiri.

Nikah dengan pengasuh anak

![|650x574](upload://8YGHwQqwFwNGonChu7mYSQxzJfl.png)

Foto: Steno Ricardo & Susi

Menerusi pendedahan Mawar di Instagram, dia menjelaskan kejadian seperti itu bukanlah kali pertama sepanjang perkahwinan mereka. Namun selama ini, dia juga cuba yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangganya namun usahanya itu sia-sia. Mawar dan Steno akhirnya sah bercerai pada 11 Januari 2022 yang lalu.

Tidak sampai sebulan, tiba-tiba semalam viral di media sosial beberapa foto perkahwinan Steno bersama bekas pengasuh anaknya, Susi. Difahamkan, Steno dan Susi baru mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2022 yang lalu. Lantaran daripada isu viral itu, Steno Ricardo akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut.

Dakwa Steno lagi, keretakan rumah tangga bersama Mawar bukanlah disebabkan isu perselingkuhan ataupun orang ketiga. Malah penceraian itu juga sudah dipersetujui Mawar sejak dari November 2021 lagi.

Dia dan saya telah menandatangani perjanjian bertulis yang mengatur akibat-akibat penceraian dan berkenaan dengan penjagaan anak.

Sumber: Suara.com, Tribunnews, Kapanlagi


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/baru-sebulan-cerai-terus-kahwin-lain-penyanyi-terkilan-suami-kantoi-curang-dengan-babysitter