Bapa Faizal Tahir Meninggal Dunia

![|650x397](upload://kloic51GxFdAI4S6CjvtaGAw9bu.png)

Aktivis Palestin, Dr Tahir Abdul Rahman dilapor meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 71 tahun. Berita pemergian Allahyarham dikongsi oleh anaknya, Faizal Tahir menerusi sebuah posting di akaun Instagram miliknya hari ini.

Sakit jantung

![|650x1001](upload://rNF8LZzZJxiEGeM5MEvhhqPyx45.png)

Menurut seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir, bapanya meninggal dunia disebabkan masalah jantung. Ujarnya lagi, jenazah arwah bapanya itu akan diuruskan di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam setelah proses dokumentasi selesai pagi ini. Sebagai anak, Fazli dan keluarga memohon roh arwah diberi keampunan dan mendapat kasih sayang Allah sebaiknya serta dijadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga.

Buat pengetahuan semua, Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis Aqsa Syarif, sebuah badan NGO memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak.

Sumber: Faizal Tahir


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bapa-faizal-tahir-meninggal-dunia