‘Banyak Keluarga Yang Telah Kehilangan…’ – CEO Apple Sedia Beri Sumbangan Kepada Malaysia & Filipina

![|650x366](upload://kkenU5xt8etEbYeKm4GvKHLaqhd.jpeg)

Bencana banjir yang melanda Malaysia serta ribut taufan Filipina telah mendapat perhatian daripada negara-negara lain. Fenomena hujan yang berterusan di Malaysia merupakan ‘tempias’ dari badai Taufan Rai yang kini sedang melanda Filipina, jadi beberapa hari yang lalu situasi kedua buah negara ini kelihatan sangat membimbangkan.

Artikel berkaitan: ‘Ya Allah…Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Artikel berkaitan: Benarkan Pelanggan Terkandas Banjir Berlindung, AEON Shah Alam Mohon Maaf Jika Layanan Tidak Memuaskan 

Sedia memberi sumbangan

![|650x417](upload://2z5b8ig5nb0PpbBJcfCmDUV4bwl.jpeg)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook turut menzahirkan rasa simpatinya dan menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku ketika ini.

Menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, Tim Cook berkata, Apple akan menyumbang bantuan dan barangan keperluan, pemulihan dan pembangunan semula jangka panjang di dua buah negara berkenaan.

Taufan Rai telah mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di Filipina dan Malaysia. Banyak keluarga yang telah kehilangan terlalu banyak. Apple akan menyumbang bagi meringankan beban, membaik pulih dan berusaha untuk membantu pembangunan jangka panjang

Disebabkan oleh perkara itu, rata-rata warganet yang datang singgah ke ruangan komen CEO Apple itu terutamanya rakyat Malaysia telah memberi respon yang baik dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinannya.

Sumber: Tim Cook 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/banyak-keluarga-yang-telah-kehilangan-ceo-apple-sedia-beri-sumbangan-kepada-malaysia-filipina