‘Balik Rumah Pantang La Balik’ – Wawa Zainal

![|650x400](upload://nCdq5bahGtEC3Myw81ABLF3QP8h.jpeg)

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal menarik perhatian ramai selepas keluar ke pejabat ketika dia sedang berpantang.

Biarpun baru memasuki hari kelapan, Wawa dilihat memandu kereta sendiri bagi menguruskan urusan kerja bersama pekerjanya.

Artikel Berkaitan: Hari Kelapan Pantang Dah Pandu Kereta Sendiri & Masuk Pejabat, Wawa Zainal Undang Makcik Bawang – ‘Kalau Saya Menangis Lagi Sebab Jahitan Masih Tak Okey’

Badan kita tak sama

![|650x1140](upload://loN87ETNWpZndryUK6fkVRPLWqS.jpeg)

Menerima pelbagai reaksi daripada warganet, Wawa, 30, tampil bersuara menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories miliknya.

Menurut pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, setiap wanita mempunyai kondisi badan yang berbeza. Malah katanya, dia masih berada dalam keadaan baik.

Tak ada seksa diri

![|650x857](upload://atf6qWIOYTVbpjUS1sbMThgMW17.jpeg)

Tambah isteri kepada aktor Aeril Zafrel, dia kembali berpantang sejurus sampai di rumah.

Dalam pada itu, pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap menegaskan dia tidak menyeksa badan demi inti pati media sosial.

Tak ada pula nak seksa atau paksa diri ke kepit nak kempiskan perut ke demi content. Wawa balik rumah, pantang la balik.

Pada 30 November lalu, Wawa selamat melahirkan anak keempat di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.

Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/balik-rumah-pantang-la-balik-wawa-zainal