Bakal Bersiaran Selama 13 Episod, Women Talk Kupas Topik & Isu Semasa Tentang Wanita

Program bual bicara terbaru TV3,  Women Talk yang membincangkan topik dan isu – isu semasa bersama dengan tokoh – tokoh wanita dari pelbagai bidang akan mula bersiaran pada 2 April 2022, setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang dan strim live di www.tonton.com.my

13 Episod

Bakal bersiaran selama 13 episod, Women Talk menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan informasi tentang topik dan isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita.

Antaranya, meraikan kemenangan wanita Malaysia, terjerumus dalam gangguan seksual, vaksinasi dan dos penggalak COVID-19 kepada wanita dan kanak-kanak, penglibatan wanita dalam bidang perniagaan, tokoh-tokoh wanita yang berpengaruh di dunia politik, keselamatan kewangan dan saringan untuk pemangsa seksual yang memburu anak-anak kecil.

Rai kemenangan wanita

Episod pertama yang bakal bersua dengan penonton TV3 pada hari Sabtu akan datang memaparkan topik ‘Meraikan kemenangan wanita Malaysia’ dengan Datuk Nicol David dan Datuk Noor Farida Ariffin, wakil United Nations di Belanda. Pelbagai kemenangan yang diraikan oleh Datuk Nicol David di arena antarabangsa sepanjang pembabitan beliau dalam sukan skuasy bukan saja mengharumkan nama negara dan ia juga satu rekod luar biasa yang masih tiada tandingannya hingga kini.

Wanita ini merupakan ikon negara yang memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengejar cita-cita mereka. Datuk Noor Farida Ariffin, seorang tokoh wanita yang lantang bersuara tentang isu semasa dan hal ehwal politik Malaysia. Beliau telah menceburi bidang penjawat awam selama 36 tahun dan nantikan perkongsian eksklusif beliau tentang kejayaan hidup yang meninggalkan impak dalam hidup beliau.

Sidang produksi Women Talk diketuai oleh Puan Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Datin Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit serta menampilkan Deborah Henry dan Zoraya Vadillo sebagai hos.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bakal-bersiaran-selama-13-episod-women-talk-kupas-topik-isu-semasa-tentang-wanita