#Bajet2022 Fokus Tumpu Kebajikan Rakyat

![|650x383](upload://xIJtmm3uQn92YGh8hl7zr4OaXJ5.png)

Pembentangan Bajet 2022 selamat dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober 2021. Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

![|650x551](upload://7tfUfg7mzZC9HGuBr1cXiBrCzg.png)

Terbaharu, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan syarat penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah mengikut Paras Garis Kemiskinan Makanan iaitu sebanyak RM1,169 untuk manfaat seramai 440 ribu isi rumah.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

![|650x500](upload://w9eh1Kv7EO50D4YrYQZmTtrS5e9.png)

Dalam pada itu, seramai 600,000 mahasiswa di seluruh negara bakal menerima manfaat inisiatif peranti siswa keluarga Malaysia iaitu sebuah tablet bagi setiap pelajar golongan B40 di Institiut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan Awal Persekolahan

![|650x526](upload://5OVxaMI0vjC2kR0kIi3Z2lZFF9q.png)

Pihak kerajaan juga akan memberi Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan diberikan kepada kira-kira tiga juta murid bagi sesi persekolahan tahun depan.

Akan dikemaskini.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bajet2022-fokus-tumpu-kebajikan-rakyat