Bagi Alasan Pergi Buat ‘Assignment’, Gadis Kantoi Curang Dalam Live Bola.. Siap Duduk Atas Riba!

Sekadar gambar hiasan

Kesetiaan dan kejujuran antara elemen yang penting dalam mengekalkan sesebuah perhubungan itu. Namun apa yang lebih perit lagi jika kesetiaan dikhianati oleh orang yang kita sayang. Begitu juga kisah yang dilalui seorang pemuda ini apabila teman wanita curang dibelakangnya.

Curang siap duduk atas riba

Meraih lebih 7.6 juta tontonan di TikTok, live streaming perlawanan bola sepak di antara pasukan Persik Kendiri dan Bhayangkara FC yang dikongsikan oleh Alexs Hermawan menjadi tular di media sosial gara-gara seorang pemuda dikenali sebagai Ferdinand mendakwa bahawa dia ternampak teman wanitanya bersama lelaki lain di stadium tersebut.

Namun, apa yang lebih menyakitkan hati apabila perempuan terbabit yang memakai baju berwarna putih dilihat duduk di atas riba seorang lelaki sambil bermesra-mesraan.

Setelah ‘kantoi’, lelaki berkenaan bertindak memuat naik ucapan terima kasih kepada beberapa page di Facebook kerana telah merakam aksi perlawanan tersebut. Ujarnya lagi, kekasihnya itu ada meminta izin untuk keluar, namun alasannya hanya untuk menyelesaikan tugasan kuliah.

Terima kasih Persik dan Vidiocom. Disebabkan perlawanan tadi, saya dapat tahu yang teman wanita saya tengok bola dengan lelaki yang saya tak kenal. Kononnya bagi alasan ada tugasan universiti. Mereka berdua tertangkap di kamera antara minit ke 70. Terima kasih.

Video penuh

@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik ? Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

‘Walaupun sedih kau beruntung’

Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada lelaki berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang tidak berpuas hati terhadap gadis terbabit kerana curang dan akhirnya kantoi di khalayak ramai.

Sumber : kacuxhermawan


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bagi-alasan-pergi-buat-assignment-gadis-kantoi-curang-dalam-live-bola-siap-duduk-atas-riba