Bagi Alasan Ambil Barang Di Asrama, 3 Pelajar Tingkatan 2 Dicekup Warden Selepas Tarik Seluar Pelajar Perempuan Ketika Tidur

Sekadar gambar hiasan

Beri alasan ingin mengambil barang di bilik asrama perempuan, tiga pelajar lelaki sebuah sekolah asrama penuh di Alor Setar, Kedah ditahan warden.

Terasa seperti ada orang tarik seluar

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, kejadian terbabit masih berada dalam siasatan polis di mana seorang pelajar perempuan tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga pelajar lelaki tersebut.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 13 tahun itu mendakwa ketika kejadian dia sedang tidur di lantai bilik asrama sebelum terasa seperti ada seseorang menarik seluarnya.

Remaja perempuan itu dalam laporan polis mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik terus terjaga daripada tidur.

Terkejut dengan keadaan itu, mangsa melihat seorang lagi lelaki berada di bawah katil bersama dengan lelaki yang menarik seluarnya.

Bimbang identiti mereka terbongkar sekiranya mangsa menjerit atau membuat kecoh, dua pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama itu. Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit.

Bagi alasan ambil barang

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga individu terbabit merupakan pelajar tingkatan dua dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.

Kesemua pelajar berkenaan mendakwa yang mereka berada dalam bilik terbabit kerana mahu mengambil barang.

Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bagi-alasan-ambil-barang-di-asrama-3-pelajar-tingkatan-2-dicekup-warden-selepas-tarik-seluar-pelajar-perempuan-ketika-tidur