Babak Pengetua Hisap Cerut Di Sekolah Dikecam Netizen

![|650x385](upload://9sZDHr0H8KkJ83CNEC7cJQYPHdE.jpeg)

Pelakon Adlin Aman Ramlie sekali lagi menarik perhatian netizen apabila lakonannya sebagai Pengetua Awang dalam drama bersiri iaitu ‘Projek Anchor SPM’ mendapat kritikan yang hebat.

Cikgu boleh hisap rokok dekat sekolah?

![|650x338](upload://5kuQivJaZCGuzzagn3zONfdKGVv.jpeg)

Menerusi posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook dikenali sebagai Yasmin Hanani mempersoalkan mengenai seorang guru menghisap rokok ataupun cerut ketika berada di dalam kawasan sekolah.

Saya tak tahu sekolah mana cikgu boleh hisap rokok atau cerut bukan sahaja di dalam kawasan sekolah malah di depan pelajar sekolah!

Susulan daripada itu, wanita berkenaan berharap agar pengarah atau pihak yang terlibat dalam produksi untuk mengkaji sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat penggambaran.

Jangan tanya drama apa saya tak tahu. Tapi ini memang babak guru dan pelajar sekolah di Malaysia.

Buat homework sikit boleh tak penerbit dan pengarah. Anda memalukan profesion guru.

‘Memalukan’

![|650x224](upload://4n15h1xEfoQbg4z6Uep94JLzEU2.jpeg) ![|650x184](upload://gh0yeqkuucIYO5YOVwJRI6inwUD.jpeg) ![|650x145](upload://21osM4NpbTaw7FM8sbUyQ0RlGLt.jpeg) ![|650x224](upload://xgwn5KFP3wXSANMBeA6OX30XCMS.jpeg) ![|650x200](upload://g4in8e2qXFVluTODOD6fBPZQDO7.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa ianya tidak patut ditayangkan. Malah ada juga di antara mereka turut meminta agar pihak produksi mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu filem atau drama.

Sumber : Yasmin Hanani Muhammad Sufian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/babak-pengetua-hisap-cerut-di-sekolah-dikecam-netizen