Azan Berkumandang 4 Minit Lebih Awal, Penyampai Radio Mohon Maaf

Sekadar gambar hiasan

Penyampai radio, Mohd. Safwan yang bertugas menerusi segmen Syoknya Hujung Minggu tampil memohon maaf kepada penduduk Tawau, Sabah berikutan melakukan kesilapan teknikal iaitu azan berkumandang sebanyak dua kali pada pukul 6.16 petang serta 6.20 petang.

Tampil mohon maaf

Sekadar gambar hiasan

Safwan menerusi satu kenyataan di media sosial, menjelaskan azan yang sepatutnya disiarkan pada jam 6.20 petang telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya dan perkara tersebut menyebabkan ramai penduduk Sabah yang secara tidak sengaja berbuka puasa awal dari waktu yang sepatutnya.

Hal ini disebabkan oleh kesilapan teknikal dan kesilapan diri saya sendiri.

Susulan daripada itu, Safwan memohon maaf kepada penduduk Tawau yang terkesan akibat kejadian tersebut.

Kesilapan ini adalah kesilapan dari saya sendiri bukan RTM Tawau atau Tawau FM. Yang  baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri.

Sumber: Mohd Safwan


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/azan-berkumandang-4-minit-lebih-awal-penyampai-radio-mohon-maaf