Anugerah Juara Lagu 36 Catat Lebih 5 Juta Penonton, Berjaya Atasi Persembahan Siti Nurhaliza

![|650x400](upload://zvKQfvt5jC7XPGuGM5r47qHiOtN.jpeg)

Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36) telah melabuhkan tirai pada Ahad lalu selepas menyaksikan 12 buah lagu bertanding dengan sengit.

Artikel Berkaitan: ‘Pelukan Angkasa’ SOG X Shila Amzah Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL36

Artikel Berkaitan: Menarik Di AJL36: Pelukan Angkasa Sentuh Hati Peminat, Marsha Milan ‘Struggle’ Baru Lepas Positif Covid-19

Catat 5 juta penonton

![|650x433](upload://myvVSjHikzWAyLccB2YUHHlViP2.jpeg)

AJL36 yang mengangkat lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah sebagai pemenang telah merekodkan 5.061 juta penonton berdasarkan statistik.

Bagi segmen tontonan dari platform digital, acara anugerah berprestij yang disiarkan dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mencatat 1,027, 634 melalui strim langsung di Youtube TV3 manakala menerusi Tonton sebanyak 27,205 tontonan.

Sehingga artikel ini ditulis, persembahan Cinta nyanyian Marsha Milan kekal ‘trending’ nombor satu di Youtube dan telah mencatat 2,135,387 tontonan.

Selain daripada itu, dari 28 Februari hingga 7 Mac, interaksi media sosial #AJL36 melibatkan lebih 179,000 pengguna dan mencapai lebih 1.5 bilion pengguna dari seluruh dunia.

Trending di media sosial

![|650x433](upload://dEJcmstHjHPCkjqlq9X4PmBM9jk.jpeg)

Dalam pada itu, terdapat beberapa ‘keywords’ yang trending di Twitter, Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan blogs sepanjang AJL36 berlangsung dan juga sejurus selesai.

Antara yang rancak dibualkan oleh netizen adalah #AJL36, Marsha, #TeamPelukanAngkasa, Shila Amzah, Aina Abdul, @wearesog, #SitiNordiana, #AngkaraNana, Naim Daniel dan Akim Stacy.

AJL36 yang memilih tema ‘Ini Rentak Kita’ mengangkat SOG dan Shila sebagai Juara Lagu.

Tempat kedua dimenangi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan sementara lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli memperoleh tempat ketiga.

Marsha turut memenangi Persembahan Terbaik pada malam itu. Vokal Terbaik menjadi milik Aina Abdul yang mendengdangkan lagu Sepi.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/anugerah-juara-lagu-36-catat-lebih-5-juta-penonton-berjaya-atasi-persembahan-siti-nurhaliza