Anggota Tentera Maut Ditikam Isteri Berusia 24 Tahun

Sekadar gambar hiasan

Seorang anggota tentera berusia 28 tahun maut dipercayai akibat ditikam isterinya menggunakan pisau pemotong sayur di kediaman mereka di Kem Penrissen, Kota Sentosa di Kuching, Sarawak.

Isteri tikam suami

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Astro Awani, insiden cemas itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan yang berlaku di antara mangsa dan isterinya. Suspek yang berusia 24 tahun itu kemudian menggertak mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong sayur tetapi malangnya pisau tersebut dipercayai tertikam paha kiri mangsa, sekali gus menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur dan pakaian digunakan suspek semasa kejadian. Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai seorang anak.

Sumber: Astro Awani


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/anggota-tentera-maut-ditikam-isteri-berusia-24-tahun