Anak Shahrol Shiro Hidap Penyakit Buah Pinggang, Isteri Mohon Selit Doa Dalam Solat – ‘Luluh Hati Tengok Ismail Sakit’

![|650x400](upload://nWrhummPMFnLvumSexFVMdASeUE.jpeg)

Bukan mudah untuk seorang ibu menerima kenyataan yang anaknya sedang menanggung kesakitan. Seandainya boleh dipindahkan penyakit itu, semestinya sanggup dipikul. Itu situasi yang sedang dihadapi isteri pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanah Syamimi.

Buah pinggang anak kronik

![|650x878](upload://4yDpRoQG261KjIs65CbTzuivooc.png)

Farhanah atau lebih mesra disapa Anna mendedahkan anak lelakinya, Ismail Rifqi yang berusia lapan bulan disahkan mengalami masalah buah pinggang tahap kronik.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Anna berkata anak keduanya itu perlu segera mendapat rawatan kerana kedua-dua buah pinggangnya rosak dan membengkak.

Assalammualaikum. Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kena dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.

Selit doa dalam setiap solat

![|650x811](upload://gDk2wYK43WNmfEIsiJk6fLhZztv.png)

Justeru, Anna memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan kesembuhan anak kecilnya itu di samping mengirimkan doa dalam setiap solat.

Dalam masa sama, Anna juga berharap agar dia terus kuat menghadapi dugaan daripada Allah ini.

Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.

Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna. Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. Allah Ya Allah.

Terdahulu, Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Iskandar Rizqi, empat tahun dan Ismail Rifqi.

Selain itu, Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.

 

Sumber: Instagram @anna_danisha


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/anak-shahrol-shiro-hidap-penyakit-buah-pinggang-isteri-mohon-selit-doa-dalam-solat-luluh-hati-tengok-ismail-sakit