Anak ‘Hadiahkan’ Buah Pinggang Buat Bapa Hidap Penyakit – ‘Hadiah Paling Bermakna & Berharga Saya Berikan…’

![|650x386](upload://dpWezpuJ09TnnT3yQ0jojVrc5dP.png)

Foto: Sharul Ezwan

Pengorbanan seorang bapa memerah keringat dalam membesarkan anak-anak tiada gantinya walaupun dengan wang ringgit.

Perkongsian seorang pemuda dikenali sebagai Sharul Ezwan menerusi kumpulan FB RASMI – PERSATUAN SOKONGAN TRANSPLAN BUAH PINGGANG MALAYSIA meraih pujian daripada orang ramai berikutan sanggup berkorban ‘nikmat kesihatannya’ demi bapa tersayang.

‘Hadiah untuk Ayah’

![|650x488](upload://7NIZerIohjI5EYmLArjBt7XSyYs.jpeg)

Foto: Sharul Ezwan

Menerusi hantaran tersebut, pemuda ini menceritakan ayahnya menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap lima (end stage renal failure) yang memberi maksud buah pinggang tersebut gagal berfungsi sepenuhnya.

Kidney transplant 14/03/2019 (3 tahun yang lalu). Setelah melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya pada 14/03/2019 saya telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, living related renal transplant (donor) untuk ayah.

Ujar lelaki ini lagi, pemindahan buah pinggang kepada ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah diberikan kepada insan istimewa ini.

Ayah yang tidak pernah mengenal erti penat membesarkan kami. Terima kasih ayah membesar dan mendidik kami semua. Semoga dengan pengorbanan ini memberi makna erti kehidupan dan sinar baru untuk Ayah.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sekarang ayah dah sihat kembali seperti biasa. Dah boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Tidak perlu lagi dialysis.

Lelaki ini pada masa yang sama turut memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang sangat membantu selepas pembedahan tersebut berlangsung.

Alhamdulillah, Terima kasih Allah atas segala nikmat.

Alhamdulillah!

![|650x551](upload://19vJFQnD7xiLDsNltf2zRvy1zFD.png)

Foto: Sharul Ezwan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan doa buat mereka sekeluarga.

Alhamdulillah syukur. Tahniah pengorbanan seorang anak untuk ayahanda tercinta. Semoga kalian berdua terus sihat dan sentiasa dilindungi Allah. Amin YRA.

Tahniah pengorbanan yang tidak ternilai untuk ayahnda tercinta. Semoga keduanya diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat.

Alhamdulillah semoga kedua-duanya terus sihat. Sihat walafiat dah pakcik Ahmad.

Sumber: Sharul Ezwan via FB RASMI – PERSATUAN SOKONGAN TRANSPLAN BUAH PINGGANG MALAYSIA


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/anak-hadiahkan-buah-pinggang-buat-bapa-hidap-penyakit-hadiah-paling-bermakna-berharga-saya-berikan