Anak 2 Kali Keguguran, Bapa Menangis Syukur Akhirnya Dapat Timang Cucu Sulung

![|650x306](upload://b445NVtlBQ37V1OIUPzDsiIy7Wl.jpeg)

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga dan ingin membesarkan ‘amanah’ yang diberikan bersama-sama. Selain pasangan suami isteri, ibu bapa dan mentua juga turut menanti kehadiran cucu mereka.

3 tahun menanti kehadiran cahaya mata

![|650x306](upload://fBPe28Bai2VS1IxkBDhoIkY1BNk.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Tok Penghulu Mukim di TikTok, lelaki berkenaan sempat merakam detik yang tidak pernah dilupakan olehnya apabila kedua-dua mentuanya kelihatan gembira apabila isterinya telah selamat bersalin.

Masa ni isteri aku keluar wad, baby nenda yang bawak keluar. Aku tolak je isteri.

Lebih sebak lagi apabila bapa mentuanya mengalirkan air mata kebahagiaan apabila dapat mendakap cucu sulungnya buat pertama kali setelah tiga tahun menanti. Hal ini disebabkan, isterinya pernah dua kali keguguran sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, suaminya sudah puas menangis serta meluahkan rasa kesian apabila isterinya terpaksa melakukan pembedahan secara Czer pada saat-saat akhir bersalin.

Alhamdulillah terima kasih semua doakan untuk kami. Isteri saya Czer. Saya dah puas menangis masa bedah dibuat. Sangat-sangat kesian bila tengok doktor belah.

‘Air mata seorang bapa untuk cucunya’

@anokma0 air mata seorang bapa untuk cucunyer.. mertua aku menangis sebab sgt bahagia dapat cucu sulung penantian hampir 3 tahun.. 2 kali wife aku gugur..#fyp ? Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

@anokma0 part 2 utk atuk dan nenda.. saat paling berharga utk dia.. menangis utk cucu..#fyp #fyp? #fyp??viral ? original sound – Tok Penghulu Mukim

Sumber : anokmao


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/anak-2-kali-keguguran-bapa-menangis-syukur-akhirnya-dapat-timang-cucu-sulung