Ameera Khan Dah Tak Follow IG, Peminat Dakwa Jefri Nichol Sebenarnya Dah Ada GF

![|650x393](upload://s1lE6RMFWx0zE4FwzZxI1HdLG15.jpeg)

Sebelum ini, selebriti media sosial Ameera Khan telah menarik perhatian netizen apabila dia meninggalkan komen di ruangan Instagram (IG) pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol. Namun baru-baru ini, mereka dikatakan sudah putus.

Artikel berkaitan : Ameera Khan Bagi Emoji Love, Peminat Jefri Nichol Mula Patah Hati – ‘Dia Sangat Bertuah’

Ameera ‘unfollow’ Jefri di IG

![|650x267](upload://w43kQBtuPGjpCdpuGhtLREuj2wP.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bekacorp di TikTok, berkongsi mengenai status pasangan berkenaan yang menjadi tanda tanya para netizen.

Ada yang sedar tak? Kalau mereka dah tidak dekat lagi. Ada yang tahu mereka kenapa?

Walau bagaimanapun, adik kepada Neelofa dilihat sudah tidak lagi mengikuti akaun Jefri di Instagram namun pelakon berusia 22 tahun itu masih mengikuti akaun Ameera.

Dalam pada itu, netizen daripada Malaysia dan Indonesia mendakwa bahawa mereka sudah putus kerana Ameera dikatakan telah memadam komen-komennya di gambar Jefri.

Ameera dah tak like dan komen dekat posting Jefri lagi.

Jefri juga dah tak like dan komen dekat posting Ameera

Video berdurasi 21 saat itu meraih lebih 320,000 tontonan dan mendapat lebih 22,900 tanda suka.

‘Ada yang tahu mereka kenapa?’

@bekacorpada yg tau mereka knpa?? #jefrinichol #ameerakhan #CanYouFlipWithUs #masukberanda #bukanmaen #love #instagram #bahaya #putus #fyp #viral #broken #lol? Bahaya – Arsy Widianto & Tiara Andini

‘Jefri dah ada teman wanita dekat Indonesia lah’

![|650x789](upload://sF5ZbGDJecB48ChDrITstc1W30Y.jpeg) ![|650x846](upload://xE08bZxAeDydJx58JqYVHizQaS.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat andaian kemungkinan pasangan berkenaan tidak mahu mendedahkan hubungan mereka di khalayak ramai. Malah ada juga di antara mereka yang mempertahankan pasangan tersebut dan meminta agar netizen tidak mencampuri urusan peribadi mereka.

Sumber : bekacorp


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ameera-khan-dah-tak-follow-ig-peminat-dakwa-jefri-nichol-sebenarnya-dah-ada-gf