Alvin Chong Terima Foto Kemaluan Lelaki, Wanita & Budak Sekolah Di IG – ‘Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?’

Pelakon, Alvin Chong memberitahu dia sering menerima foto lucah berupa kemaluan lelaki dan wanita menerusi ruangan ‘direct message‘ (DM) di Instagramnya.

Sangat menakutkan

Menurut Alvin, perkara tersebut sangat menakutkan kerana ramai individu yang tergamak berkongsi foto tidak senonoh mereka kepada orang yang tidak dikenali di media sosial.

Banyak kali juga saya terima foto-foto lucah di Instagram. Lelaki dan perempuan pun hantar. Bukan itu sahaja, budak-budak yang masih berpakaian sekolah pun ada yang hantar. Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Saya memang terkejut apabila melihat situasi seperti ini. Sebab hal ini dilihat sebagai satu masalah yang kurang sihat dan tidak sepatutnya berlaku.

Ujar Alvin, dia tidak melayan mana-mana individu yang menghantar foto berkenaan kerana enggan memanjangkan hal yang tidak baik ini.

Kalau balas nanti mereka buat lagi

Memang saya tidak akan balas apa-apa kepada yang hantar foto seperti itu. Sebab kalau balas mesti mereka akan buat lagi. Disebabkan saya tak setuju hal ini, saya ambil keputusan untuk berdiam sahaja. Agak risau dengan generasi sekarang. Tapi nak buat macam mana, apa yang berlaku di media sosial tak boleh dikawal. Takkan kita banned platform kerana content yang tak bagus sedangkan content yang serupa boleh didapati di tempat lain.

Tambah Alvin, budak-budak muda zaman sekarang mempunyai perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi. Jadi, sebagai orang dewasa kita perlu mendidik generasi sekarang agar mereka dapat menilai mana yang betul dan salah.

Suatu hari jika saya mempunyai anak, saya akan terangkan kepada mereka kenapa hal-hal lucah ini tidak baik untuk diri sendiri.

Sumber: Astro Gempak


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/alvin-chong-terima-foto-kemaluan-lelaki-wanita-budak-sekolah-di-ig-apa-nak-jadi-dengan-malaysia-ni