Alami Stres & Perlukan Rehat Secukupnya, Elfira Loy Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon Elfira Loy atau lebih mesra disapa sebagai El dimasukkan ke hospital kerana dipercayai akibat terlalu banyak berfikir dan badannya memerlukan rehat yang cukup.

Artikel berkaitan : Netizen Pertikai Kehidupan Mewah Kalah Anak Tan Sri, Ini Respon Elfira Loy – ‘Saya Kerja Siang & Malam Cari Duit’

Artikel berkaitan : Elfira Loy Mohon Doa Peminat, Harap Urusan Bersalin Dipermudahkan

Artikel berkaitan : ‘Pernah 10 Jam Dalam ‘Labour Room’ Baru Anak Keluar’ – Elfira Loy Bimbang Nak Bersalin Anak Kedua, Mohon Tips Dari Netizen

Terlalu banyak berfikir

Menerusi hantaran di Instagram (IG), pelakon berusia 28 tahun ini berkongsi simptom yang dialami olehnya di mana dia berasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit. Difahamkan, El sudah pergi ke klinik dan doktor mengesahkan kemungkinan sakitnya itu disebabkan terlalu banyak berfikir dan tertekan.

Doktor cakap ‘awak banyak berfikir sangat ke’ terus mata berkaca dan saya cakap ya stress dan dia beri ubat relax iaitu xanax/lorazepam dan ubat pening iaitu ubat untuk vertigo.

Keesokan harinya saya ingatkan saya dah makin pulih tapi saya secara tidak sengaja terlanggar cermin sisi kereta orang tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi.

Walau bagaimanapun, El tetap meneruskan meeting sebelum pulang pergi ke rumah ibunya. Namun, ketika waktu Isyak, kesihatannya semakin merosot apabila dia mengalami sakit perut serta cirit-birit.

I ambil wudhuk cepat-cepat dan solat lepas tu masa solat ni I rasa susah sangat nak bernafas dan sakit sangat bahagian abdomen I. Tiba-tiba muntah-muntah.

Malam masa tidur tu terus rasa dunia pulak berputar dan rasa macam dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab I still pegang Aria. I berpeluh juga malam tu.

Bergegas ke hospital

Bimbang sakit berlarutan, ibu kepada dua cahaya mata ini kemudiannya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Walau bagaimanapun, keputusan daripada pihak hospital mendapati tiada apa-apa yang serius.

Nasib baik all result came okay, Alhamdulillah tapi kalau berterusan lagi 2 hari, I perlu membuat CT scan dan I tak nak perkara itu berlaku so please doakan I.

Meskipun sakit, namun El tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ibu serta dia juga dibantu oleh ibunya sepanjang berada di hospital.

Tapi jadi mak mana boleh sakit lama-lama. I still direct feed her walaupun sakit. Sebab kalau malam dia tak dapat mommy dia tak sleep well and cranky. But tak ingatlah mommy, mommy bagi berapa banyak kali. Tok mama lah assist macam biasa.

Cuma after makan tu. I cannot direct dan perlu pump untuk buang susu.

Hasil pemerhatian OhBulan!, pelakon drama Qalesya dilihat sudah keluar dari wad dan kini sedang berehat di rumah.

Foto di InstaStory

Sumber : elfiraloy


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/alami-stres-perlukan-rehat-secukupnya-elfira-loy-dimasukkan-ke-hospital