Alami Masalah Pernafasan Sebab Covid-19, Shahrulezad Sebak Tak Dapat Solat Dengan Sempurna

![|650x308](upload://eyMGKohsqLsI1BN6AHlRdlUiq7v.jpeg)

Umum mengetahui, pengarah terkenal, Shahrulezad disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. Susulan daripada itu, Shahrulezad atau lebih mesra disapa dengan nama Budak Ijat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani tempoh kuarantin dan pemantauan.

Terbaru, Budak Ijat memberitahu bahawa dia mengalami masalah untuk bernafas dan menunaikan solat secara normal seperti individu yang lain.

Keadaan abang sedikit teruk

![|650x840](upload://arkHowxc4qA3BudmQ2vaKpxJBPZ.jpeg)

Hari ini keadaan abang sedikit teruk. Tadi masa zohor abang cuba solat secara normal. But I am struggling to finish it. Seksa sangat bila kita tak cukup nafas. Tetiba abang terasa sayu sangat. Sayu bila abang dah tak boleh solat dengan sempurna. Maybe benda ni sementara saja tapi still meninggalkan kesan emosi pada abang. Abang tak kisah kalau abang di duga Covid macam ni. I am fine. Tapi abang sangat kisah bila solat abang jadi macam ni. I

Menurut Budak Ijat, solat merupakan salah satu cara untuk dirinya berkomunikasi dengan Allah. Apabila tidak dapat menunaikan solat secara normal, pengarah drama ‘Nur’ ini meluahkan rasa sedih dan sayu. Ujar Budak Ijat lagi, hal tersebut ternyata meninggalkan kesan emosi terhadap dirinya.

Bila abaang terkial-kial macam ni of course buat abang rasa sayu when I cant perform my solat properly. Abang tak kisah kalau abang jatuh sakit but please not my solat. My solat is everthing to me. Abang lagi down kalau abang tak dapat solat. Kawan-kawan sekalian mohon doa supaya setiap kali abang nak solat Allah pinjamkan sikit oksigen untuk abang yer. Abang just nak rasa nikmat solat macam biasa. Itu sahaja. Doakan sekali untuk semua pesakit pesakit Covid yang lain.

Dah boleh solat dengan sempurna

![|650x799](upload://lFVuxsfZZt43t1EeIMAxJAZySCG.jpeg)

Alhamdullilah. Keadaan abang lebih baik dari semalam. Apa yang buat abam happy abam dah boleh solat dengan sempurna balik. Tu pun bila abam praktikan teknik pernafasan dengan betul. Syukur. Cuma dada abang masih ada sempit sikit. Short breathing. Mudah tercungap but still manageable la. Abang okay saja sebab aku tengok katil depan kiri kanan aku semua pun sama dok tercungap-cungap macam ikan. So tak la rasa abang ni teruk sangat.

Terbaru, Budak Ijat memberitahu dia sudah boleh menunaikan solat seperti normal. Pada masa yang sama, dia turut menerima hakikat bahawa nikmat yang ditarik oleh Allah terhadapnya pada masa ini hanyalah sementara. Tambahnya lagi, dia hanya selera dan mampu makan buah-buahan sahaja.

Doktor cakap ianya bergantung kepada diri masing masing sama bila boleh pulih sepenuhnya like normal. Sometimes takes 6 months sometimes takes 2 years pun ada. Terpulang pada kita kalau kita rajin buat exercise lung kita. Selera abang tak berapa cantik sangat. Tekak still payau. Tastebud ke laut dalam. Deria bau pun sama. But dont worry. Itu semua simptom yang perlu dilalui oleh semua pesakit Covid. Cuma lambat atau cepat jer deria tu pulih. So the only food yang boleh trigger selera abam ialah buah buahan saja.

Terdahulu, Budak Ijat dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan MAEPS, Serdang bagi menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja disahkan positif Covid-19. Namun begitu, dia dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh sejurus sahaja kadar oksigen di dalam badannya semakin berkurang.

Sumber: Budak Ijat


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/alami-masalah-pernafasan-sebab-covid-19-shahrulezad-sebak-tak-dapat-solat-dengan-sempurna