Akui Sedang Mengenali Seseorang, Fizi Ali Sedih Kenang Masa Depan Anak

Setelah empat bulan bercerai, penyampai radio Suria FM Fizi Ali mengakui bahawa kini dia sedang mengenali seseorang wanita, namun mereka masih berada dalam fasa berkawan sahaja dan memilih untuk tidak memandang ke belakang lagi.

Artikel berkaitan : Shakilla Khoriri Nafi Berbincang Dengan Fizi Ali Untuk Rujuk Semula

Artikel berkaitan : ‘Tahun Ini Mungkin Sukar Buat Daddy ..’ – Shakilla Khoriri Titip Doa Sempena Hari Lahir Fizi Ali, Netizen Sebak Baca

Artikel berkaitan : Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’

Akui sedang kenal seseorang

Jelas Fizi, dia sebagai manusia tidak dapat untuk menduga apa yang bakal berlaku pada dirinya, namun tidak mahu berada di situasi sedih lagi. Dalam pada itu, Fizi tidak menolak kenyataan bahawa dia sedang mengenali hati budi seseorang dan menyerahkan segala ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT kepadanya.

Berkenaan isu kembali bersama dan sebagainya, saya memilih untuk lebih fokus kepada perancangan masa depan berbanding memandang ke belakang lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu menoleh kisah lalu.

Saya memang sedang mengenali seseorang dan jika ada jodoh dengan individu itu, saya berdoa yang terbaik. Ini kerana, kami tidak pernah ‘declare’ ke arah yang lebih serius, dalam fasa berkenalan dan bersembang-sembang.

Ujarnya lagi, wanita berkenaan hanyalah orang biasa sahaja dan bukanlah daripada industri seni dan sebagainya, namun dia enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan buat masa ini.

Lebih mengejutkan lagi apabila Fizi mengatakan bahawa selepas bercerai, ramai wanita yang menghantar mesej di akaun Instagram. Malah ada juga daripada kaum lelaki yang turut menghubunginya.

Secara jujurnya, selepas bercerai memang ramai yang menghantar mesej menerusi Instagram. Antaranya yang muda, tunang orang dan isteri orang pun ada. Malah, dari kaum lelaki sendiri pun ada.

Mereka menghantar mesej secara peribadi untuk memberikan kata-kata semangat dan turut menawarkan diri untuk menjadi tempat saya meluahkan perasaan.

Sedih kenang masa depan anak

Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar Mohd. Hafizudin Alimudin meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan masa depan anaknya, Ameena Sofia selepas dia bersama bekas isterinya, Shakilla Khoriri membuat keputusan untuk bercerai. Meskipun perit namun kehidupan perlu diteruskan dan perlu memberikan perhatian serta kasih sayang kepada anaknya.

Orang tengok saya macam gembira je tapi sebenarnya tak tahu sakit kat dalam. Kehidupan perlu diteruskan dan saya doa yang terbaik untuk anak saya (Ameena) supaya dia okey dengan semua ini.

Kadang-kadang dia ada tanya juga soalan macam ‘daddy pergi mana?’, ‘kenapa daddy tak tidur sekali dengan Ameena?’. Saya kena kuat nak beritahu dia. Bila ambil Ameena (dari rumah Shakilla) nak hantar dia balik, Ya Allah.. Tak tahu perasaan dia macam mana.

Katanya, dia berharap apabila Ameena makin membesar, anaknya akan faham situasi yang terjadi antara dirinya dan juga Shakilla.

Sumber : Harian Metro, Kosmo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/akui-sedang-mengenali-seseorang-fizi-ali-sedih-kenang-masa-depan-anak