Aishah & Suami Sudah Tiga Bulan Tinggal Berasingan – ‘Tiada Siapa Berkahwin Untuk Bercerai’

![|650x400](upload://q37B7Bvp0b8zfhOSsmoThvHqUxx.jpeg)

Penyanyi Aishah mendedahkan dia sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Kami tiada jodoh

![|650x685](upload://uMdOtZSCpBqMs7KsQ5AgTYyJUcw.jpeg)

Enggan mendedahkan punca perpisahan, Aishah, 56, menerima takdir yang tertulis dengan berlapang dada.

Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu. Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat.

Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh.

Anak penguat semangat

![|650x353](upload://qUInBdpkB4PO4vgJy5KCARA80NE.jpeg)

Tambah pelantun lagu Janji Manismu, dia tidak berniat untuk membuka pekung rumah tangga kepada umum. Jelasnya, dia hanya ingin mengelak daripada timbul fitnah di kemudian hari.

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan memberi fokus kepada kerjaya seninya.

Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja. Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan.

Saya bernasib baik mempunyai dua cahaya mata, Armand Azhari dan Azhad Ahlami yang menjadi penguat semangat. Saya tidak mahu menoleh ke belakang dan mahu fokus dengan kerjaya.

Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Sumber: BH Online


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/aishah-suami-sudah-tiga-bulan-tak-sebumbung-tiada-siapa-berkahwin-untuk-bercerai