Adibah Noor Mengaku Nyanyi Teruk Di GV8 – ‘Memang Sampah Sehingga Saya Tepuk Dahi’

![|650x343](upload://bkM85tft3XwtWDUr5Mo6QYzRKfG.jpeg)

Di Instagram, pelantun suara ‘Terlalu Istimewa’ iaitu Adibah Noor mengaku bahawa persembahannya pada minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza 8 sangatlah teruk. Menurut Adibah, dia layak menduduki tangga tiga terbawah berdasarkan persembahan yang dilakukan itu.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’, Jumpa Belakang Pentas’ – Hattan

Artikel berkaitan: Imej & Persembahan Seakan Adele, ‘All I Ask’ Adibah Noor Buat Penonton ‘Goosebumps’ – ‘Ini Baru Menyanyi!’

Kita cuba minggu depan

![|650x339](upload://j8yhYf3YcgOH6Tr7yIe7llZIFr4.png)

Ujar Adibah, elemen dikir barat yang dilakukan ketika menyanyikan lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ itu tidak salah sama sekali. Cuma, cara nyanyian dan menginterpretasikan lagu tersebut tidak kena pada waktu itu. Walau bagaimanapun, Adibah Noor bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertanding dalam pertandingan Gegar Vaganza itu lagi.

Saya tengok balik pun tepuk dahi. Kenapa saya buat macam tu. Alhamdulillah, masih ada peluang buat saya. Insyallah. Terima kasih atas maklum balas, kasih sayang dan semangat yang kalian titipkan. Jumpa ahad ni okay.

Di Akhir posting, Adibah Noor meminta maaf kepada semua pihak terutama para peminatnya kerana tidak dapat melakukan persembahan yang terbaik. Adibah Noor memberitahu dia akan cuba melakukan sebaik mungkin untuk konsert akan datang. Untuk minggu kelapan, Adibah Noor akan membawakan lagu ‘Dhoom Machale’ nyanyian Sunidhi Chauhan. Rata-rata netizen tidak sabar untuk menari dan melihat persembahan Adibah tatkala menyanyikan lagu Bollywood kesukaan ramai itu.

Kita hanya manusia biasa

Menjengah diruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Salamiah Hassan, dan Dina Nadzir turut memberi kata-kata semangat buat Adibah Noor. Menurut Salamiah Hassan, setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, Adibah Noor perlu bersemangat dan berjuang untuk minggu seterusnya.

Terdahulu, bunda Hetty Koes Endang turut memberi komen dan ilmu kepada Adibah Noor sekiranya mahu menyanyikan lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ itu dengan lebih baik.

Sumber: Adibah Noor


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/adibah-noor-mengaku-nyanyi-teruk-di-gv8-memang-sampah-sehingga-saya-tepuk-dahi