Ada Unsur Agama Lain, Menteri Hal Ehwal Agama Larang Umat Islam Sertai Festival Bon Odori

Foto: Idris Ahmad

Sejak negara beralih ke fasa peralihan endemik, banyak penganjuran festival mahupun konsert antarabangsa dilakukan di Malaysia. Namun penganjuran Festival Bon Odori 2022 yang akan berlangsung pada 16 Julai nanti menarik perhatian ramai apabila umat Islam dilarang hadir. Eh kenapa pula?

JAKIM dah buat kajian

Foto: Idris Ahmad

Menurut Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, festival tahunan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam itu disahkan mempunyai unsur-unsur keagamaan dan bertentangan dengan Islam.

Kajian dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memang ada unsur-unsur keagamaan, kita nasihatkan kepada orang Islam tidak perlulah sertainya. Banyak lagi (aktiviti) lain yang kita boleh sertai.

Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan soal agama serta akidah.

Kita harap kekeliruan ini tidak diwujudkan, di pihak Jakim, kita menasihatkan orang Islam jangan sertai program-program sedemikian, bukan itu sahaja , tetapi apa-apa jua yang membabitkan soal agama, kita kena sayang dengan agama kita.

Festival tersebut merupakan tradisi masyarakat Jepun beragama Budha bagi menghormati semangat nenek moyang mereka.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah poster penganjuran Festival Bon Odori yang memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono. Perkongsian poster tersebut juga telah mengundang reaksi negatif wargamaya di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Sumber: Bernama


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ada-unsur-agama-lain-menteri-hal-ehwal-agama-larang-umat-islam-sertai-festival-bon-odori