Abang Long Fadil Singapura Menangis Jumpa Ebit Lew

Pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew dilihat meneruskan misi dakwahnya di Singapura. Namun sebaik sahaja tiba di negara jiran, dia terus bertemu dengan Abang Long Fadil Singapura serta sahabat yang lain.

Ebit Lew jumpa Abang Long Fadil Singapura

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ebit meluahkan rasa sebak apabila dapat berjumpa dengan Abang Long Fadil serta sahabat yang lain di sana.

Ziarah kasih sayang dan berkongsi nasihat dengan mereka semua. Berat-berat ujian hidup mereka. Ramai betul kawan mereka juga minta doa dan nasihat.

Pada sebelah malam pula, pendakwah bebas berusia 38 tahun itu sempat bertemu dengan ‘kawan-kawan’ di jalanan. Malah, dia turut mengatakan bahawa terdapat satu kumpulan yang sering kali keluar masuk penjara.

Ada satu kumpulan, masing-masing sudah banyak kali keluar masuk penjara sebanyak tujuh kali. Ada disebabkan kes gaduh dan lain-lain.

Tambahnya, dia turut berasa terharu kerana diberikan rezeki untuk berjumpa dengan orang-orang yang baik serta rindukan kebaikan ketika mereka sedang diuji oleh Allah SWT. Kisah Abang Long Fadil yang merupakan bekas gangster popular di Singapura sebelum ini pernah viral selepas dia bertaubat dan terbuka hati ingin kembali kepada Allah.

Ebit Lew tiba di Singapura

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

‘Alhamdulillah hebat sangat ustaz’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar mereka dikurniakan rezeki untuk berjumpa dengan Ebit Lew . Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan.

Sumber : ebitlew


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/abang-long-fadil-singapura-menangis-jumpa-ebit-lew