7 Tahun Berturut-Turut Siti Nurhaliza Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tersenarai tujuh kali berturut-turut dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims. Pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini diletakkan di bawah kategori seni dan budaya sejak tahun 2016 lagi.

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Semua ini daripada Allah. Sebagai hamba-Nya, semua yang baik itu daripada Allah, yang lemah dan kurang itu daripada diri saya sendiri.

Menerusi laporan Berita Harian, Tok Ti percaya setiap individu yang berada di muka bumi mempunyai peranan tersendiri. Sebagai insan biasa, Tok Ti meluahkan rasa terharu dan terinspirasi selama tujuh tahun ini. Ini kerana, beliau menjadi antara 500 umat Islam yang terpilih daripada pelbagai latar belakang, pekerjaan, golongan dan sebagainya.

Saya hanya insan kerdil yang sentiasa bersyukur dan insya-Allah, ia menjadikan saya seorang yang lebih baik daripada sehari ke sehari. Kena buka minda, siapa pun kita atau menjadi apa sekali pun atas muka bumi ini, jadilah insan berperanan kepada orang lain. Saya sentiasa berdoa menjadi salah seorang daripadanya. Ia bukan untuk kemasyhuran diri, tetapi seorang hamba Allah yang dapat berbakti dan menyalurkan hal bermanfaat demi agama, bangsa dan negara.

Saya sedaya upaya mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan saya sebagai umat Islam, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua.

Sumber: Berita Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/7-tahun-berturut-turut-siti-nurhaliza-tersenarai-antara-500-muslim-berpengaruh