6 Perkara Menarik Tentang Jom Ronda 2022, Ramai Tak Tahu Rumah Mereka Antara Yang Bertuah!

“Hai, ada orang kat rumah?”

Terkejut tiba-tiba ada orang datang rumah. Ingat tetamu dari mana tadi. Rupanya kru Jom Ronda x Redoxon!

Jom Ronda pernah kecoh pada November lepas sebab dah buat komuniti setempat di seluruh Lembah Klang ceria dengan pemberian goodies bag menarik. Siapa yang dapat pada masa tu memang happy gila la!

Paling best bila dapat tahu Jom Ronda dah kembali lagi pada tahun 2022 bersama Redoxon, jenama suplemen kesihatan Vitamin C sebagai penaja utama! Banyak perkara menarik tentang Jom Ronda kali ni yang buat ramai seronok!

1. Jom Ronda sokong kesihatan bersama jenama Vitamin C terkenal, Redoxon Malaysia

Jom Ronda ialah inisiatif baharu oleh Media Prima Omnia untuk bawa keceriaan buat komuniti setempat. Bukan setakat bawa keceriaan, kali ni Jom Ronda nak kongsi kesihatan bersama jenama Vitamin C terkenal, Redoxon!

Kali ni Redoxon berhasrat untuk menyebarkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan diri untuk menjaga kesihatan yang baik dan menerima cabaran hidup baharu. Terutama dengan peralihan kepada fasa endemik Covid-19, dengan pembukaan semula sempadan negara Malaysia pada 1 April.

Pada hari perasmian kempen, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, Datuk Michael Chan, beri ucapan yang sangat bermakna.

“Buat julung-julung kalinya, Jom Ronda berjaya diadakan sekali lagi. Kami nak sebarkan keceriaan dengan lebih meluas. Rakan kongsi jenama kami beri kerjasama yang baik dalam visi ni untuk bawa rasa komuniti yang lebih besar pada masa sukar.

Dengan mengedarkan produk daripada nama jenama yang diiktiraf, kami harap dapat wujudkan ikatan antara jenama dan komuniti. Sambungan ni boleh berkembang jadi pengalaman yang tak dapat dilupakan untuk semua yang terlibat sambil tetap mematuhi SOP.”

-Datuk Michael Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia-

Pengarah Urusan Bayer Malaysia Sdn Bhd, Ketua Bahagian Negara, Kesihatan Pengguna – Malaysia/Singapura/Brunei, Sook Fun Leong juga menyampaikan hasratnya di hari perasmian.

“Redoxon berbesar hati dapat bekerjasama dengan Media Prima sebagai sebahagian kempen Jom Ronda. Kempen ni sangat bermakna buat Redoxon untuk terus berkhidmat kepada pengguna dan komuniti tempat kami tinggal.

Kesedaran rakyat Malaysia terhadap penjagaan diri telah meningkat dan menjadi keutamaan sejak dua tahun lalu. Kami juga lihat penggunaan Vitamin C meningkat di Malaysia untuk menyokong imuniti yang sihat.

Kami harap perkongsian Redoxon dengan JOM RONDA akan meningkatkan kesedaran penjagaan diri. Kami harap masyarakat akan sentiasa selamat dan sihat dalam masa mencabar.”

-Sook Fun Leong, Pengarah Urusan Bayer Malaysia Sdn Bhd,
Ketua Bahagian Negara, Kesihatan Pengguna – Malaysia/Singapura/Brunei-

Dah nama pun Jom Ronda, mesti la mereka gunakan kereta jenama terbaik. Kereta apa yang mereka pilih ya?

2. Toyota UMW digunakan sebagai kereta rasmi

Pada awal pagi 14 Mac 2022, kumpulan kru Redoxon x Jom Ronda dah mula bersiap sedia bersama kereta rasmi yang mereka gunakan, iaitu Toyota UMW Jom Ronda. Model popular yang digunakan termasuk la Hilux, Harrier, Vios dan Innova. Nampak bergaya!

Kumpulan kru Redoxon x Jom Ronda mulakan perjalanan mereka dari Sri Pentas Bandar Utama, Selangor. Riak muka semua kru nampaknya tak sabar nak jumpa dengan mereka yang bertuah. Korang agak mereka nak buat apa?

3. Melawat kawasan terpilih, orang ramai sambut kru dengan mesra

Bermula 14 hingga 31 Mac 2022, kumpulan kru Redoxon x Jom Ronda melawat beberapa kawasan perumahan di Lembah Klang, Pusat PPV serta rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua terpilih. Sampaikan ada yang terkejut rumah mereka antara yang bertuah. The lucky ones!

Sepanjang 18 hari kempen berlangsung, komen orang ramai tak berhenti di platform media sosial Facebook @jomhebohofficial dan Instagram @jomhebohofficial. Nak Jom Ronda datang rumah sangat la tu. Lagipun mereka bukan datang dengan tangan kosong.

4. Sebanyak 4,000 goodies bag dengan produk kesihatan diagihkan

Bermula 14 hingga 31 Mac 2022, kumpulan kru Redoxon x Jom Ronda mengagihkan 4,000 goodies bag buat mereka yang bertuah. Apa yang ada dalam goodies bag ni buat ramai surprise. Dapat pakej penjagaan Redoxon secara percuma!

Antara produk Redoxon yang ada seperti topeng muka, kit ujian diri dan produk Redoxon Vitamin C untuk penjagaan kesihatan sistem imun, Redoxon Triple Action yang merupakan gabungan Vitamin C, Zink dan ditambah dengan Vitamin D yang menawarkan 3 dalam 1 manfaat hanya dalam 1 tablet. Dalam goodies bag ni ada jugak pek Jasmine Super 5 Rice dan banyak lagi barangan penting untuk gaya hidup semasa kita.

5. Selebriti popular, Haziq HotFM dan Orange 8FM pun join sebagai rakan imuniti

Siapa tak teruja kalau dapat jumpa selebriti? Itu la yang dirasai oleh mereka yang bertuah apabila dapat berjumpa selebriti tempatan, Haziq daripada HotFM dan Orange daripada 8FM. Mereka berdua turut menyertai kempen ni sebagai rakan imuniti Redoxon x Jom Ronda. Memang syok!

6. Peluang memenangi hadiah misteri dengan berinteraksi bersama kru!

Ramai yang share gambar terbaik dan selfie bersama kru Redoxon x Jom Ronda. Ada peluang menang hadiah, siapa tak nak kan? 25 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah misteri termasuk smartphone, air purifier dan produk Redoxon. Fuh!

Sekarang kita dah terus sesuaikan diri dengan gaya hidup baharu selepas pandemik. Harapnya Jom Ronda kali ni dapat beri inspirasi untuk korang di masa depan dengan kesihatan yang baik. Jaga diri guys!

Nak info lebih lanjut tentang Redoxon? Korang boleh klik mana-mana link di bawah.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/6-perkara-menarik-tentang-jom-ronda-2022-ramai-tak-tahu-rumah-mereka-antara-yang-bertuah