6 Minggu ‘Hilang’, Nota Kakak Bongkar Penemuan Mayat Adik Disorok Bawah Timbunan Makanan Dalam Peti Sejuk

![|650x388](upload://mkYsiTJdh45gEebVJKqFqv0AHAW.png)

Foto: Mirror UK

Tidak tahan kerana asyik didera dengan kejam oleh teman lelaki, seorang wanita akhirnya nekad menghantar sekeping nota bertulis merayu untuk diselamatkan melalui anak perempuannya ke sekolah.

Didera oleh teman lelaki, anak dibunuh

![|650x586](upload://64sOWA1MfekmCuGOlWfGdt7JYzr.png)

Foto: Mason Dominguez (mangsa)

Memetik laporan Daily Mail, mangsa bersama teman lelakinya, Brandon Toseland berusia 35 tahun telah menjalinkan hubungan sejak 11 bulan yang lalu malah mereka berdua juga dikatakan tinggal sebumbung bersama dua anak wanita terbabit. Namun siapa sangka, ibu kepada dua anak ini sebenarnya telah didera dengan kejam oleh suspek.

Lebih mengejutkan, anak bongsunya berusia empat tahun yang dikenali dengan nama Mason Dominguez turut menjadi mangsa kekejaman suspek. Kanak-kanak lelaki malang itu telah didera, dibunuh dan mayatnya disimpan di dalam peti sejuk selama enam minggu.

Menurut wanita ini, dia langsung tidak melihat sosok anak bongsunya itu di rumah selepas mereka dipisahkan secara paksa sejak 11 Disember tahun lalu. Jelasnya, kali terakhir dia melihat Mason adalah ketika kanak-kanak itu dikurung di dalam bilik tidur utama rumah oleh Toseland. 

Nota kakak bongkar penemuan mayat adik

![|650x521](upload://t5QMSi6CWRfwOGPXzkRCeJhGWmi.png)

Foto: Brandon Toseland (suspek)

Bercerita dengan lebih lanjut, mangsa juga mendakwa suspek langsung tidak membenarkan dia meninggalkan rumah dan memasuki garaj yang menempatkan peti sejuk berkenaan atau bertanya mengenai ‘kehilangan’ Mason. Apabila ditanya mengenai keberadaan Mason Dominguez, suspek mendakwa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia kerana kemalangan.

Tidak terhenti di situ, suspek kemudian merampas telefon bimbit ibu Mason serta menggarinya di dalam kenderaan untuk menghalang kebebasannya bergerak. Dek kerana tidak tahan didera dengan kejam oleh suspek, si ibu akhirnya nekad menghantar sekeping nota merayu untuk diselamatkan melalui anak perempuannya ketika ke sekolah. Nota tersebut diterima guru sekolah sebelum diserahkan kepada polis.

Jumpa mayat dalam peti sejuk beku

![|650x395](upload://a7R74hDbkhCFVXro5qozRCjT7fp.png)

Foto: Suspek dihadapkan ke mahkamah

Pihak polis bergegas menjejaki suspek dan ketika penahanan dilakukan, suspek bersama mangsa berada di dalam kereta di perhentian lalu lintas. Polis juga menemui gari di tempat duduk penumpang di mana wanita itu berada. Selepas menerima waran tangkap, pihak polis bertindak menyerbu kediaman mereka dan menjumpai mayat Mason Dominguez yang telah disimpan di dalam peti sejuk beku di bahagian garaj sejak enam minggu lalu.

Mayat tersebut ditemui ‘tersembunyi’ di bawah bahagian kadbod dan ditutupi dengan pelbagai jenis makanan. Sementara itu, penduduk setempat mendakwa mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini Toseland kelihatan normal dan langsung tidak mencurigakan.

Difahamkan, Toseland kini sudah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan menculik dan pertuduhan membunuh.

Sumber: Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/6-minggu-hilang-nota-kakak-bongkar-penemuan-mayat-adik-disorok-bawah-timbunan-makanan-dalam-peti-sejuk