6 Air Buah, 5 Aiskrim RM140… – ‘Boleh Pergi Haji Balik Hari’

![|650x380](upload://5Mp2Mdyv3H2bUWX1W5TH7lE6J7r.jpeg)

Harga secawan air buah yang dijual RM15 di sebuah pantai di Langkawi disifatkan mahal dan tidak berpatutan terutamanya kepada pelancong. Luahan itu dikongsi oleh seorang wanita yang berkunjung ke pulau peranginan tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Order Ikan Siakap 2kg, Dia Hantar 7kg.. Jangan Makan’ – Ustaz Azhar Idrus

Artikel Berkaitan: Pelanggan Siakap Langkawi Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Restoran Tak Jujur – ‘Tiada Makluman Langsung Tentang Berat Ikan’ 

Artikel Berkaitan: Viral Pelanggan Bayar RM1,196, Bagi Seekor Ikan Siakap Di Langkawi, Ini Kisah Sebenar Dikongsi Pemilik Restoran

Harga yang tidak berpatutan?

![|650x380](upload://ygeVkeZR6ujYt2sbNVNRNsDeLJT.jpeg)

Pengadu yang dikenali sebagai Fathin Shahirah menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok, mendakwa perlu membayar RM15 bagi satu cawan air buah dan membayar RM90 untuk enam cawan air buah.

Sedap tak apa la juga. Nak habiskan pun tak boleh telan. Ayoo first dan last la beli minuman dekat sini.

Dakwanya lagi, caj yang dikenakan mengalahkan air berjenama antarabangsa dan duit tersebut mampu membeli sebuah pengisar baru.

Menakutkan harga air dekat sini, kalah harga air *********.

Percaya tak kalau saya cakap 6 cawan air buah ini boleh beli sebiji pengisar berjenama.

Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa perlu membayar RM50 ringgit bagi lima batang aiskrim dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM140 termasuk air buah tadi.

Bab makan minum saya tak berkira kalau berbaloi. Kalau yang macam ini gini harganya sekali jela saya beli.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan harga dikenakan kepada penduduk setempat mahu pun pelancong yang datang.

Video penuh:

@fathinshahirah Sedap takpa la jugak, nak habiskan pun tak boleh telan. ayoo. first n last la beli minuman kat sini. ? #fyp? ? Scary – Background Sounds

@fathinshahirah Reply to @mohdraimy25 Dasyat. ? #langkawiisland #paradise101langkawi ? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Respon netizen

![|650x203](upload://b5Rq9iL7B8SbmNA1G4xykzvpy1x.png)

![|650x253](upload://l2Ta5VWNMgnrh8o9yfxGOYhMnCt.png)

![|650x253](upload://wUm6M1cpSe3XX3OlyQHA3ZcwbPB.png)

![|650x391](upload://fUnsCT7JFGaz3k3CR7yTxY7r8zv.png)

Sumber: Fathin Shahirah


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/6-air-buah-5-aiskrim-rm140-boleh-pergi-haji-balik-hari