5 Ciri Khas Aplikasi Waktu Solat Malaysia Sepanjang Ramadan

Bulan Ramadan setiap tahun paling dinantikan khususnya oleh umat Islam yang mahu memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan bulan mulia ini.

Pada bulan Ramadan, setiap mukmin sangat dianjurkan membaca Al-Quran, melakukan solat tarawih, menunaikan zakat dan bersedekah yang dijanjikan balasan pahala yang berlipat ganda.

Fungsi khas

Bagi membantu meningkatkan produktiviti umat Islam sepanjang menyambut bulan mulia ini, aplikasi Waktu Solat Malaysia tampil dengan lima ciri khas istimewa sempena Ramadan.

Bagi memudahkan pengguna menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya, aplikasi Waktu Solat Malaysia akan menghantar notifikasi pada setiap waktu solat. Pengguna boleh menetapkan pada bahagian tetapan dengan memilih waktu solat dan laungan azan yang diinginkan.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia juga didatangkan dengan al-Quran digital lengkap 30 juzuk yang memudahkan pengguna membaca ayat suci Al-Quran di mana sahaja sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan panduan wirid dan zikir yang dibaca selepas solat serta doa selepas solat, doa qunut dan doa azan.

Turut disertakan juga fungsi sumber ilmu yang memaparkan potongan video membicarakan topik agama daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang ditayangkan di rangkaian televisyen Media Prima. Pengguna juga boleh menonton rancangan tersebut secara langsung di aplikasi Waktu Solat pada setiap hari, jam 6.30 pagi.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store. 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/5-ciri-khas-aplikasi-waktu-solat-malaysia-sepanjang-ramadan