4 Minggu Hilang Dalam Hutan Amazon, Dua Beradik Ditemui Kurus Kering

Foto: Daily Mail

Penantian bagi sebuah keluarga akhirnya terjawab selepas dua beradik lelaki yang hilang selama empat minggu di hutan hujan Amazon dijumpai semula dalam keadaan masih hidup.

Keluar mencari burung

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, dua beradik yang dikenali sebagai Glauco, 7, dan Gleison Ferreira, 9, dikatakan meninggalkan rumah mereka di Lago Capana, Amazonas, Brazil bagi mencari burung kecil pada 18 Februari yang lalu.

Bagaimanapun dua beradik ini dilaporkan tidak pulang selepas mencari burung dan pihak berkuasa memulakan pencarian secara meluas di hutan hujan tersebut sebelum ditamatkan pada 26 Februari yang lalu.

Pada malam Selasa, seorang pemotong pokok berjaya menemui dua beradik ini susulan salah seorang daripada mereka menjerit berikutan mendengar bunyi gergaji rantainya.

Hanya minum air

Foto: Daily Mail

Bercerita lebih lanjut, dua beradik ini dijumpai terbaring di atas permukaan hutan dalam keadaan lapar dan badan mereka kurus kering serta turut terdapat kesan melecet pada kulit.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak ini menceritakan kepada ibu bapa yang mereka sama sekali tidak makan apa-apa dan terselamat berikutan minum air hujan.

Kini, mereka dibawa ke hospital di Manicore dan diberikan rawatan susulan mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, dehidrasi dan kulit melecet sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital lain di ibu negeri Amazonas, Manaus.

Sumber: Daily Mail


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/4-minggu-hilang-dalam-hutan-amazon-dua-beradik-ditemui-kurus-kering