3 Hari Ditahan Di Hospital Akibat Paru-Paru Berair, Kini M Daud Kilau Dah Boleh Makan & Minum

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan berita mengenai Raja Gelek Malaysia iaitu Datuk M. Daud Kilau yang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan pada Rabu lalu kerana mengalami masalah paru-paru berair.

Artikel Berkaitan: Mengadu Sesak Nafas, M Daud Kilau Kritikal Di Hospital Akibat Paru-Paru Berair

Dah boleh makan, minum dan mula bercakap

Difahamkan selepas tiga hari ditahan di HTI, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek itu kini boleh makan dan juga minum selepas diberitahu oleh cucunya iaitu Norhasliyana Hassan, 32 tahun kerana datuknya sudah mampu untuk bercakap sejak pagi tadi.

Untuk kadar oksigen pula dah semakin pulih. Air dalam paru-paru pun dah berkurang. Sebabkan tu, dia dah boleh minum tanpa menggunakan tiub lagi.

Malah kata Norhasliyana lagi, M Daud Kilau tak lagi mengalami sesak nafas dan disebabkan perkembangan positifnya itu, dia akan dibenarkan untuk pulang ke rumah tak lama lagi.

Kali keempat dimasukkan ke hospital

Kemasukan penyanyi itu ke HTI baru-baru ini merupakan kali keempat dia dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas sebelum ini pernah ditahan di Hospital Selayang kerana penyakit kencing manis, sakit pinggang dan juga keadaan jantung tak stabil.

Malah menurut cucunya, datuknya juga pernah menjalani prosedur pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dua tahun lalu akibat dari komplikasi yang dialami.

Sementara itu, isteri kepada M Daud Kilau, Datin Rohani Awang sempat berterima kasih kepada orang ramai yang sudi melawat suaminya di hospital dan mendoakan kesihatannya.

Sumber: Kosmo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/3-hari-ditahan-di-hospital-akibat-paru-paru-berair-kini-m-daud-kilau-dah-boleh-makan-minum