21 Remaja Bawah Umur Maut Selepas Sambut ‘Birthday’, Kematian Cetus Tanda Tanya

Foto: SCMP

Di Cape Town, Afrika Selatan sekurang-kurangnya 21 remaja dilaporkan maut pada hujung minggu selepas keluar malam di sebuah kedai minuman keras.

Ada kaitan dengan pengambilan minuman keras

Foto: SCMP

Menerusi laporan media antarabangsa, punca kematian kumpulan remaja ini masih belum dapat dikenal pasti dan pegawai tempatan serta ahli politik meluahkan rasa bimbang jika kematian tersebut ada kaitan dengan pengambilan minuman keras.

Lapan remaja perempuan dan 13 lelaki meninggal dunia di kedai minuman itu, di kawasan perumahan yang dipanggil Scenery Park maklum kerajaan wilayah Eastern Cape. Difahamkan 17 remaja ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian dan selebihnya di hospital.

Ujar Pegawai Keselamatan Kerajaan, Unathi Binqose botol kosong alkohol, rambut palsu dan juga selempang dengan tulisan ‘Selamat Hari Lahir’ berwarna ungu pastel ditemui berselerak di jalan berdebu di luar Enyobeni Tavern.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar yang meraikan tamat peperiksaan sekolah menengah mereka pada malam Sabtu.

Tiada kesan luka yang kelihatan pada mayat, tetapi bedah siasat akan menentukan sama ada kematian itu boleh dikaitkan dengan keracunan.

Kejadian yang mengerikan

Foto: SCMP

Dalam pada itu, Presiden, Cyril Ramaphosa turut menzahirkan ucapan takziah dan turut menyuarakan rasa bimbang mengenai golongan muda yang berkumpul di tempat larangan untuk individu berusia di bawah umur 18 tahun.

Ia kejadian yang mengerikan. Mereka cukup muda. Apabila diberitahu mereka berusia 13 tahun, 14 tahun dan melihat mereka, rasa agak sebak sekali.

Sumber: CBS News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/21-remaja-bawah-umur-maut-selepas-sambut-birthday-kematian-cetus-tanda-tanya