20 Tahun Jadi Vokalis Kumpulan Sheila On 7, Duta Mahu Bergerak Solo

Vokalis kumpulan Sheila On 7 iaitu Duta memberitahu akan bergerak menjadi penyanyi solo selepas ini. Menerusi laporan Pramborsfm, Duta mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru kerana usianya sudah menjangkau 42 tahun.

Sudah 20 tahun jadi vokalis

Lebih 20 tahun menjadi vokalis kumpulan Sheila On 7, Duta berkata sudah tiba masanya dia bergerak solo. Tambah Duta, dia sudah memiliki beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada peminatnya. Meskipun akan menyanyi secara solo selepas ini, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar daripada kumpulan tersebut.

Umur saya dah 42, kalau saya tak cuba sesuatu yang baru sekarang, bila lagi saya perlu cuba? Saya tak tinggalkan kumpulan yang menaikkan nama saya. Cuma buat masa ini, saya hanya bergerak secara solo. Saya tidak mempunyai masalah dengan ahli kumpulan yang lain.

Jelas Duta, namanya mula dikenali di Indonesia, Singapura dan Malaysia menerusi kumpulan tersebut. Selain Duta, pemain dram kumpulan berkenaan iaitu Brian juga telah meninggalkan kumpulan tersebut.

Sumber: Pramborsfm


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/20-tahun-jadi-vokalis-kumpulan-sheila-on-7-duta-mahu-bergerak-solo