2 Pemain Harimau Malaya Positif Covid-19, Khairulazhan & Faisal Terlepas Aksi Pertama Kemboja

![|650x308](upload://bgyXjqbQCN1j0uiomGAEBfkk43h.jpeg)

Dua pemain skuad Harimau Malaya iaitu Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid yang menyertai Piala AFF dan bakal berdepan Kemboja pada perlawanan pertama di Stadium Bishan, Singapura telah disahkan positif Covid-19.

2 tonggak utama Harimau Malaya positif Covid-19

![|650x308](upload://mjoRMc6yoNvKzoFxb7LGuQAiida.jpeg)

Menurut pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, penjaga gol, Khairul azhan Khalid serta pemain sayap, Faisal Halim kini sedang menjalani kuarantin selama 10 hari.

Walau bagaimanapun, pemain yang lain berada dalam keadaan baik dan sudah bersedia untuk bertembung dengan kemboja dalam aksi pertama Piala AFF.

Namun, ketiadaan  Khairulazhan dan Faisal pasti merencatkan sedikit perancangan ketua jurulatih kebangsaan iaitu Tan Cheng Hoe kerana kedua-dua pemain berkenaan merupakan tonggak utama Harimau Malaya.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai terdapat dua pemain Malaysia dan seorang pemain Myanmar dikatakan positif Covid-19.

Sumber : Berita Harian 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/2-pemain-harimau-malaya-positif-covid-19-khairulazhan-faisal-terlepas-aksi-pertama-kemboja