2 Beradik Maut Makan Sisa Sampah Selalu Dapat Makanan Daripada Penduduk Kampung

![|650x417](upload://kJrNmAJixoPZKNpmBKnsgewCGot.jpeg)

Sebelum ini, media melaporkan dua beradik warga Myanmar dipercayai maut selepas makan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.

Ramai yang berduka cita dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan: Dua Beradik Berusia 4 & 2 Tahun Maut Selepas Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah

Faktor kemiskininan bukan punca

![|650x428](upload://dvfsuxUhCTwfpRZdYmGbpDdWBFm.png)

Foto: Sinar Harian

Terbaru menerusi laporan Sinar Harian, faktor kemiskinan didakwa bukan punca utama mereka (kanak-kanak warga Myanmar) makan sisa makanan tersebut. Ujar peniaga kedai makan berhampiran kawasan tersebut, Paksu Kassim menjelaskan kanak-kanak tersebut sama sekali tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan makanan.

Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang membaiki bot.. dia juga tangkap ketam… kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.

Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan… tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

Dakwanya lagi, mereka berada dalam keadaan yang sihat dan cukup makan serta turut mendapat makanan daripada orang ramai.

Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai… kadang saya kuih-kuih, roti canai. sampai budak tu pun tak larat makan

Sumber: Sinar Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/2-beradik-maut-makan-sisa-sampah-selalu-dapat-makanan-daripada-penduduk-kampung