12 Rumah Kedai Di Kampung Cina, Terengganu Hangus Habis Dijilat Api

12 buah premis yang dipercayai berusia lebih daripada 60 tahun musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Cina, Kuala Terengganu malam tadi.

Artikel berkaitan: Rumah Nenek Hangus Dijilat Api, 7 Ekor Kucing Turut Rentung

Artikel berkaitan: Perompak Bakar Sekolah Untuk Tutup Jenayah Rompak RM61

Kebakaran di premis perniagaan

Pada mulanya, hanya lima premis perniagaan sahaja terbakar namun angin kencang serta sistem pendawaian elektrik tidak sistematik menyebabkan api merebak dengan sangat pantas.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Mohd. Khairiri Mat Rasad @ Arshad, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam yang berlari ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota yang terletak 800 meter dari tempat kejadian.

Seramai 60 anggota bomba termasuk dari beberapa daerah berhampiran bergegas ke lokasi kejadian. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

Pihak bomba mengambil masa selama 45 minit untuk memadamkan kebakaran dan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporlan.

Video

 

Sumber: Kosmo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/12-rumah-kedai-di-kampung-cina-terengganu-hangus-habis-dijilat-api