11 Tahun Tangguh Majlis Kahwin, Suami Akur Isteri Meninggal Dunia Di Sisi Selepas 3 Hari Disatukan

![|650x480](upload://9rm0pdKnploSFLZk3dmtGdoGhVY.png)

Foto: Mirror

Di London, penantian satu pasangan untuk mendirikan rumah tangga selepas hampir 11 tahun menangguhkan perkahwinan mereka disebabkan urusan kerja dan kehilangan ahli keluarga akhirnya terjawab apabila mereka berjaya disatukan pada 17 November lalu di Hospital Severn di Telford, Shropshire.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Dah Siap & Rancang Nikah Minggu Depan, Wanita Akur Bakal Suami Meninggal Dunia – ‘Saya Tak Kuat Awak…’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hari-Hari Cakap Tak Sabar Nak Duduk Rumah ‘Baru’, Wanita Akur Suami Tersayang Meninggal Dunia Selepas 11 Bulan Bersama

Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya

Si isteri meninggal dahulu

![|650x370](upload://oFH5sWa8ShUMkq4tj8qIxQOtIRn.jpeg)

Foto: Mirror

Memetik laporan Mirror, pasangan dikenali sebagai Ben dan Jen Cooper telah bertunang pada tahun 2010 dan telah memperoleh tiga cahaya mata. Bagaimanapun, kebahagiaan tersebut hanya berkekalan selama tiga hari berikutan Jen yang berusia 43 tahun meninggal dunia akibat kanser payudara.

Difahamkan, Jen yang merupakan seorang guru matematik sebelum ini disahkan sekali lagi menghidap kanser ketika pemeriksaan dibuat sebelum sekatan pergerakan dilakukan. Suaminya terpaksa akur dan reda apabila isteri tersayang meninggal dunia pada 20 November lalu di sisinya.

Hanya dihadiri individu rapat

![|650x371](upload://eShLigYAgTGvpHMgZLnlBjQeB7X.png)

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, Ben yang berasal dari Newport, Shropshire, menjelaskan ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung hanya dihadari oleh ibu mentuanya dan dua saksi.

Ia sempurna. Jururawat menggantung pakaian Jen di dalam biliknya supaya dia boleh melihatnya ketika berada di atas katil. Anak-anak teruja dengan perkahwinan ini, saya bimbang untuk pulang ke rumah dan memberitahu mereka kami sudah berkahwin. Mereka tidak dapat hadir, tetapi mereka sangat gembira untuk kami.

Satu perkara yang menggembirakan, sepatutnya kami berkahwin pada 27 November sebelum sambutan Krismas, tetapi keadaan memaksa kami melakukannya lebih awal.

Difahamkan, Jen sebelum ini mempunyai dua anak dengan bekas suaminya, dan dikurniakan tiga anak ketika bersama Ben.

Saat terakhirnya ialah saya memegang tangannya. Saya beritahunya saya menyayanginya dan anak menyayanginya.

Kemudian saya merasakan dadanya tidak bergerak dan meminta jururawat untuk memeriksa tetapi isteri saya sudah meninggal dunia.

Sumber: Mirror


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/11-tahun-tangguh-majlis-kahwin-suami-akur-isteri-meninggal-dunia-di-sisi-selepas-3-hari-disatukan